Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Persidangan Perlindungan Data Peribadi Di Puteri Pan Pacific

Persidangan Perlindungan Data Peribadi Di Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. Semalam yang indah iaitu pada 23 Mei 2016 saya dan rakan sekerja telah menghadiri seminar tentang data protection yang dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Seminar atau persidangan ini di hadiri oleh lebih kurang 130 orang wakil dari pelbagai syarikat yang terlibat disenarai dalam sektor yang wajib mendaftar dengan jabatan berkaitan.

Yang indahnya, selain persidangan yang menarik dan dapat info baru, tentu sekali menu makanan yang terdapat di Puteri Pan Pacific itu sendiri. Hihi...


Apakah Itu Perlindungan Data Peribadi?  


Banyak info yang boleh diperolehi daripada website jabatan berkaitan iaitu di alamat www.pdp.gov.my. Anda klik pada pautan tersebut, maka pertanyaan dan kemusykilan anda akan terjawab. Secara sahnya, PDP dikuatkuasakan pada 15 Mac 2016 yang lepas. Baru jugak rasanya, namun kerana kurang kesedaran daripada ramai pihak dan syarikat, maka jabatan PDP telah mengadakan roadshow di seluruh Malaysia bagi memperjelaskan lagi tentang PDP tersebut.

Tujuan perlindungan data peribadi adalah untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.
Sijil penyertaan persidangan





7 PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


Wajar orang ramai mengetahui bagaimana data peribadi kita diperolehi dan menyedari akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang disaran oleh APDP 2010 (Akta 709) iaitu :-

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta 709 ini demi menjaga keutuhan data peribadi :-

• Pertama – Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

• Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.

• Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

• Keempat - Prinsip Keselamatan – apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

• Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.

• Keenam - Prinsip Integriti Data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

• Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.








Pada sebelah tengahari kami dihidangkan dengan makanan yang enak dan pelbagai yang terdapat di Puteri Cafe. Kamu boleh layan gambar ya...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close