Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Masak Tomato

Tomato bagus untuk kulit. Itu semua orang tahu. Selain itu, khasiat tomato juga bukan setakat boleh dijadikan salad yang enak tetapi juga sebagai penambah rasa untuk sesuatu makanan. Tomato juga mudah diperolehi, diproses dan ditambah dalam makanan. Ia juga memainkan peranan yang baik sebagai perasa yang berkhasiat.

Hah! Banyak kan khasiat tomato. Sebab tu saya nak kongsikan resepi ayam masak tomato, dan ada kata ia hampir serupa dengan ayam masak merah. Cuma resepi ayam masak tomato tak bubuh serai. Cerita sikit tentang seorang mak cik di tempat kerja saya yang suka minum jus tomato. Katanya minum jus tomato secara berkala boleh memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Manakala, kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat. Eh! Jom buat jus tomato...hihi

Resepi Ayam Masak Tomato


Resepi Ayam Masak Tomato


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (belah 6)*goreng
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
10 tangkai cili kering yang direbus dulu (kisar)
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram
1 biji tomato (belah 6)
1 ekor ayam (potong 12)
Daun sup (di racik)
Garam,gula & perasa

Cara menyediakan Ayam Masak Tomato


1. Goreng ayam (muda-separuh garing), angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing.angkat dan satukan bersama ayam tadi.

2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili/ masak.

3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air, biar mndidih, tambah garam, perasa & gula.

4. Masukkan ayam bersama tomato dan bawang yang digoreng tadi, gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.


Nota:

Ayam kalau tak nak goreng dulu pun boleh, hanya perapkan dengan garam dan bawang putih. Semasa nak menumis bahan-bahannya, goreng sekali dengan ayam tersebut. Kalau nak buat cara ini, ayam dipotong sedikit kecil supaya tidak mentah di dalam.

Selamat mencuba. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close