Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Selamat Hari Guru, Cikgu! Selamat hari guru kepada semua cikgu di  Malaysia. Dedikasi, komitmen dan pengorbanan cikgu semua merupakan tonggak inspirasi kepada kita semua! Syabas, Cikgu! Bercerita tentang hari guru, dalam keluarga kami ada 4 orang guru dan saya sepatutnya pun bergelar guru satu waktu dahulu. Tetapi tawaran kerja di sektor perbankan yang datangnya awal sebulan, menyebabkan saya menolak tawaran ke institut perguruan tersebut. Bukan rezeki saya, kan...

Seorang guru banyak tugasnya. Di rumah dia guru, di sekolah dialah guru, di padang dia juga guru, dan di pentas pidato dia jugalah guru yang risaukan kita setiap masa. Hargai guru, hormati guru walau siapapun mereka. Mungkin dia tidak mengajar kita tetapi satu hari nanti mungkin dia bakal mengajar anak-anak kita pula...


Selamat Hari Guru, Cikgu!


Selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia. Bila sebut hari guru, banyak upacara yang dijalankan di sekolah untuk menghargai guru. Cikgu-cikgu yang faveret akan dapat banyak hadiah. Biasanya budak-budak sekolah rendah yang rajin beri hadiah kepada cikgu mereka tetapi bila sudah meningkat remaja, pelajar-pelajar sudah tidak endah lagi tentang pemberian hadiah tersebut. Kenapa ekk??

Mungkin mereka sudah mula malu dengan cikgu mereka? Atau adakah ia sudah tidak releven memberikan cikgu hadiah sebaliknya makan di restoran bersama-sama adalah lebih menarik? Entahlah, ini kena check dengan student-student remaja zaman sekarang...


Cikgu, walau siapapun dia ia tetap banyak mengajarkan kita, anak-anak kita, dan sesiapa sahaja yang pernah pergi ke sekolah. Seseorang juga boleh diiktiraf sebagai Cikgu jika ia pernah mengajarkan kita tentang sesuatu yang kita tidak tahu hinggalah menjadi serba tahu. Jadi, sesiapun adalah guru dalam hidup kita. Ibu dan bapa adalah guru yang paling berjasa kepada kita dan mengajarkan segala-galanya. Guru pula menjadikan kita lebih komited, dedikasi dan faham cara-cara untuk survive dalam dunia ini.

Ibubapa & guru, insan-insan penting bergelar sifu selama-lamanya. Merekalah sebenar-benarnya pelita yang menerangi jalan kehidupan kita.

Selamat hari guru, cikgu!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close