Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Treadmill Untuk Kegunaan Di Rumah

Kesihatan harus dijaga dengan baik kerana ia adalah harta yang amat bernilai berbanding dengan wang ringgit. Kerana diberikan kesihatan yang baik juga membolehkan kita mencari kekayaan dunia dan akhirat. Bila diberikan kesihatan yang baik juga kita mengucap syukur kerana itu antara rezeki Allah yang amat besar maknanya dalam perjalanan kita menuju syurga abadi.

Baiklah.

Dah potpet kat atas sikit, saya nak share tentang alternatif kita untuk menjaga kesihatan. Ada yang bersukan, ada yang jaga pemakanan dan sesetengahnya pula merajinkan diri menyertai aktiviti sukan sosial seperti Zumba, yoga dan sebagainya.


Beli Treadmill Untuk Kegunaan Di Rumah


Sejak saya masuk kelas zumba dan pergi gym dua bulan lepas, saya mula menyedari pentingnya aktiviti menyihatkan badan ni diteruskan sampai bila-bila. Saya dah tahu kegunaan treadmill, cycle fitting, dumbbell dan yang lain-lainnya.

So, saya pun simpan angan-angan nak ada benda asas ni kat rumah. Kalau nak curi masa berjogging kat luar rumah memang agak sukar kerana waktu siang sibuk di pejabat.

Lagipun saya nak sangat ada treadmill kat rumah supaya memudahkan saya buat aktiviti kesihatan jantung dengan berjalan 1000 langkah sehari. Kat opis memang tak terbuat lah sebab kerja saya banyak duduk dari berjalan.

Akhirnya, setelah sebulan lebih berfikir dan survey peralatan gym untuk rumah, saya pun berjaya memiliki beberapa barang yang saya sebutkan di atas.

Meh layan gambar peralatan yang saya dah beli.

Kat bawah ni adalah treadmill. Mesin ini menawarkan berbagai program latihan, seperti jalan cepat, jogging, sprint (lari cepat) dan lari naik bukit. Selain itu, ada banyak pengaturan manual kelajuan yang boleh dipilih sesuai dengan target aktiviti larian anda.


Treadmill memang diakui mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mesin kardiovaskular lainnya seperti elliptical atau cycle bikes. Sebabnya, ketika anda gunakan treadmill, anda berlari dengan berat anda sendiri hingga tubuh membakar lebih banyak kalori.

Gerakan berjalan, berlari dan memanjat bukit ketika menggunakan treadmill adalah mudah dilakukan penggunanya, baik yang baru mula (macam saya) ataupun yang sudah berpengalaman.


Gambar di bawah adalah Exercise Bike. Ia bagus untuk pecahkan lemak kat peha dan keep fit. Gunakan mesin ini pun boleh cepat bakar kalori..hihi


Yang seterusnya adalah mesin sit up untuk kempiskan perut dan lengan. Kalau rajin buat latihan ni, boleh dapat six pack youuu....hihi


Ada lagi aksesori tambahan atau alat senaman yang dia orang bagi free, iaitu dumbbell. Itu boleh nak kuatkan otot lengan (bagi orang lelaki), kalau wanita tak payah laa...nanti lari encik abang tu...


Selesai sudah kisah beli treadmill untuk kegunaan di rumah. Bak kata Kevin Zahri, nak beli set gym di rumah tak perlulah mahal sangat tetapi jangan pula beli yang terlalu murah hingga kegunaannya tak bertahan lama. Untuk gym set kita orang tu...harganya semua bawah RM5,000. Still okay bagi kami, kegunaannya pun memuaskan hati..

Selamat bersenam. jaga kesihatan kerana ia harta yang tak ternilai.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close