Ramadan bulan rahmat. Ramadan bulan penuh ampunan. Ramadan bulan penuh keberkatan. Perbanyakkan istighfar dan mengingati Allah ketika bulan Ramadhan nescaya pintu keberkatan terbuka luas untukmu. Insyaa Allah. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya kongsikan satu perbincangan ringkas tentang persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita. Mari sama-sama kita renungi artikel di bawah yang saya panjangkan daripada grup WhatsApp sekolah.
Soalan:
Assalamualaikum ustaz, nak minta pandangan ustaz mengenai seseorang yang meninggalkan solat 5 waktu tapi berpuasa penuh dalam bulan ramadhan.. ..
Jawapan
Waalaikumsalam w.b.k
Soalan yang baik.
Kalau kita buat sedekah, Allah terima.
Bayar zakat, Allah terima.
Puasa Ramadhan, Allah terima.
Khatam quran 800 kali, Allah terima.
Buat masjid 2 buah, Allah terima.
Taat ibubapa, Allah terima.
Taat suami, Allah terima.
Buat haji 20 kali, Allah terima.
Tapi kalau tidak solat, semua pahala amalan di atas adalah sia-sia. Jadi, jika berpuasa tetapi tidak solat maka sia-sialah kita menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Hanya dapat penat dan letih.
Kerana ibadah solat merupakan penanda aras kedudukan kita samada ke syurga atau neraka.
Solat merupakan ibadah paling pertama dihisab, jika gagal hisaban bab solat, maka amal-amal lain hangus begitu sahaja. Maka, janganlah kita menjadi orang yang rugi dengan melalaikan solat.
Kerana manusia dan jin, Allah cipta khusus untuk menyembahNya.
Rujuk dalil berikut. Firman Allah :
ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِÙ†ْسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ
Maksudnya;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [QS. Az-Zariyat: Ayat 56]
Diriwayatkan oleh Bukhari, 1761 dan Muslim, 1946 dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman, ‘Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."
Wallahu a'lam
Berpuasa Tetapi Tidak Solat?

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.