Ketupat oh ketupat! Inilah yang orang cari masa hari raya. Makan dengan ayam masak kicap, sambal goreng, sambal kacang dan serunding. Hmm...terliur pulak. Tak ketinggalan dipadankan lagi dengan kuah lodeh...tradisi orang Johor mesti ada kuah lodeh ni, hihi...
Selalu juga saya tolong keluarga buat ketupat, dari menganyam, isi beras dan merebusnya. Tetapi yang buat spoil, biasanya ketupat yang dimasak kurang cantik warnanya. Kenapa ekk??
Usah risau. Cuba ikut cara di bawah untuk dapatkan hasil ketupat yang cantik dan bersih.
Ketika merebus ketupat, masukkan air 1/2 dari bahagian ketupat. Alaskan dengan beberapa keping daun palas atau daun kelapa muda ketika menyusun ketupat tadi.
Supaya ketupat putih bersih dan tidak dimasuki asap api, jangan sesekali membuka penutup periuk ketika merebusnya. Kalau nak tahu airnya telah kering, dengarkan bunyinya. Jika bunyi seperti minyak ketika menggoreng., itu tandanya air ketupat telah kering. Perlahankan api. Biar hingga bunyi itu tidak kedengaran lagi. Jangan risau jika ketupat akan hangit kerana ia telah di alas dengan daun kelapa muda atau daun palas tadi.
Insyaa Allah, ketupat akan tahan 3 hingga 4 hari, tidak basi...
**Jangan lupa masukkan sedikit garam ketika merebus ketupat agar ketupat itu ada rasa lemaknya. Selamat mencuba.

Cara Masak Ketupat Supaya Bersih Dan Sedap

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.