Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Hilangkan Dahaga Di Bulan Ramadhan Dengan Amalan Surah al Kautsar

Cara Hilangkan dahaga di bulan ramadhan dengan amalan surah al Kautsar. Masalah utama kebanyakan orang islam yang sedang berpuasa adalah tidak dapat menahan dahaga terutamanya bila cuaca panas terik. Yang kasihan kepada mereka yang bekerja di bawah terik matahari. Hanya keimanan yang kukuh dapat membuatkan seseorang itu istiqamah berpuasa sehingga ke waktu berbuka.

Namun begitu ada amalan para wali dan tok-tok guru yang boleh dipraktikkan supaya kita dapat menahan dahaga sepanjang berpuasa terutamanya dalam bulan Ramadhan. Amalan atau petua ini baik juga untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan mengangkat tahap kepercayaan kita kepada Allah pada tahap tertinggi.

Cara Mengurangkan Dahaga Ketika Bulan Ramadhan


Cara Mengurangkan Dahaga Ketika Bulan Ramadhan


Cara amalan bagi mengurangkan dahaga pada bulan ramadhan, dan pada satu waktu dahulu ia diamalkan oleh para wali dalam menghilangkan dahaga ketika berdakwah atau ketika menuntut ilmu.

Hilangkan Dahaga Di Bulan Ramadhan Dengan Amalan Surah al Kautsar


Caranya:


Setiap kali lepas bersahur, ambil segelas air kosong. Minum seteguk dan berhenti, kemudian dibacakan Surah Al-Kautsar (seperti di atas) dan menyambung kembali meminum air tersebut sebanyak 3 teguk. Selepas itu jangan makan atau minum apa-apa lagi.

Dengan izin Allah dan berkat Surah Al-Kautsar , Allah akan mengurangkan dahaga kita sepanjang bulan ramadhan.

Wali Allah dan tok guru pada zaman dulu kekadang mereka berpuasa sekadar bersahur dgn air kosong sahaja. TETAPI disebabkan kemantapan imannya dan keyakinan terhadap janji Allah seperti firman Allah dalam al Quran bahawa diturunkan al Quran itu juga mengandungi asSyifa' iaitu penyembuhan, maka mereka mengamalkan meminum air kosong dan membaca surah al Kautsar. Bukankah al Kautsar itu ada kolam milik Rasullullah SAW di Syurga yg Allah sediakan dan sesiapa yg meminumnya takkan kehausan selama-lamanya?

Wallahua'lam.

#sumber FB

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close