Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Aynorablogs Pada Hari Pertama Ramadan

Sekali lagi, salam ramadan. Indahnya Ramadan bila banyak kebaikan berlaku dalam perjalanan hidup saya berbanding kedukaan dan sebagainya. Doa-doa orang yang berpuasa pula amat makbul. Hebatnya menjadi makhluk Allah yang bergelar manusia. Banyak sungguh rahmat dan rezeki yang Allah limpahkan hingga kita tak tahu nak memilih yang mana satu yang kita amat perlukan pada sesuatu masa.

Alhamdulillah.

Berita menggembirakan saya adalah PV (pageviews) daripada sumber Blogger.com mencatatkan angka yang mendadak naik semalam (hari pertama ramadan). Happy sangatt...

PV Aynorablogs Pada Hari Pertama Ramadan 


Saya print screen PV blog untuk tempoh sehari iaitu pada hari pertama Ramadan semalam. Tinggi mencanak PV sehari aynorablogs kerana kebiasaan dalam sehari PV aynorablogs secara purata mencecah 40K sahaja.
PV Aynorablogs Pada Hari Pertama Ramadan

Peningkatan mendadak ini disebabkan kebanyakan pembaca mencari resepi-resepi berbuka puasa, resepi masakan yang mudah, petua-petua mudah dan banyak lagi. Jadi, secara umumnya saya mendapat tempias rezeki PV mencanak naik ketika berada dalam bulan Ramadhan. Hihi...ini namanya PV mencanak yang bermusim.

Trend orang yang engaged atau melayari blog saya paling tinggi pada sekitar pukul 2 petang hingga 5 petang. Hmmm...mungkin orang survey resepi masakan dan cari idea menu berbuka puasa. Ya tak?  

Kenapa saya gembira bila PV blog naik begitu tinggi?

Sebab, pendapatan blog melalui medium iklan juga meningkat. Untuk semalam sahaja, income Google Adsense (GA) cecah USD6.59 sehari. Ok jugak jika income dalam USD itu cecah USD20 sehari. Jika ia konsisten, dalam sebulan saya boleh dapat dalam sekitar USD600. Bila convert ke matawang Malaysia, kiralah jumlahnya sendiri...hihi, bolehlah buat duit raya...

Saya pasti blogger-blogger hebat di luar sana yang pasang iklan GA tersenyum lebar ketika tiba musim perayaan sebegini...

Dah rezeki kita orang la tu...

#salam ramadan    

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close