Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apabila Aku Menasihati Kamu...

Sesungguhnya Apabila Aku Menasihati Kamu...
bukanlah aku terbaik dalam kalangan kamu,
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri,.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.  - Imam Hasan Basri

Apabila Aku Menasihati Kamu...

Apabila Aku Menasihati Kamu... 


Apabila aku menasihati kamu,
adalah kerana aku merasa takut jika aku tidak berusaha menyampaikan. Apakah yang aku akan jawab di sana nanti jika ditanyakan kepada seluruh anggota tubuh badanku. Apakah yang telah aku lakukan untuk hidup di akhirat?

Apabila aku menasihati kamu,
adalah kerana aku juga ingin dinasihati. Aku juga ingin diberi peringatan. Semoga dalam usaha itu, ada yang memberi dan ada yang akan menerima. Bukankah saling mengingatkan terutamanya tentang kebaikan itu tugas semua saudara seislam.

Apabila aku menasihati kamu...
adalah kerana aku ingin anak cucuku nanti membesar dalam suasana kebaikan dan bumi yang penuh aman. Aku mahu keturunan saudara seislamku nanti berada dalam bumi yang penuh cinta, kasih sayang dan kaya bahagia pada jalan yang diredhai.

Apabila aku mensihati kamu...
adalah kerana aku takutkan kalam Allah,
Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-asr: ayat 1-3)
Nasihatilah aku, kerana kita saling memerlukan! Aku tidak hidup berseorangan.

#sebarkan bahagia  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close