Owhh!! Masih demam kuih raya ni, buat kuih...belek-belek resepi dan cuba buat. Sediakan bahan-bahan dan curi masa lepas sahur kononnya nak buat biskut bangkit asli lagi original ni. Tetapi nasib baik saya teringat, rumah kecil saya ni mana ada oven!! Haha...
Jadi, niat nak buat bangkit asli tinggalan zaman berzaman dari tok nenek kita dahulu hanya tinggal anganan kosong.
Tapi, pujuk diri jangan panik. Kita belajar betul-betul tang resepinya kemudian barulah buat sendiri dengan penuh yakinnya...hihi
Resepi Biskut Bangkit Asli Yang Sedap
Meh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya...;))
Bahan-bahan:
3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
1/2 cawan tepung gandum (+-50g)
1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (tak campur air)
1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yang ini untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar)
2 biji kuning telur grade B
sehelai daun pandan disiat & disimpul
sedikit bijan utk hiasan - (jika suka)
1/2 sudu kecil baking powder - boleh tambah jika suka
Cara-cara Menyediakan Biskut Bangkit Asli Yang Sedap
1) Campur kedua-dua jenis tepung lalu digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan. Kalau ikut mak saya, dia jemur aje tepung tu kat panas terik...boleh jugak.
2) Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.
3) Ayak gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. Mula-mula memang susah sikit, kemudian jadi mudah. Kacau dgn pemukul telur manual hingga sebati., tapi kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
4) Gaul tepung bersama telur rata-rata, tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. kuih bangkit ni kena banyak uli. uli dengan tapak tangan macam uli doh. agak-agak doh tu boleh di canai ok lah tu. Santan tidak smestinya habis digunakan..
5) Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek antara dua helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih. Susun atas loyang yang telah dilenser dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nak canai & gelek doh kena diuli lagi supaya kuih jadi rangup.
6) Sapu dengan nipis ditengah-tengah atas kuih dengan putih telur lalu ditabur sedikit bijan. Putih telur bertujuan untuk lekatkan bijan saja, jangan sapu berlebihan, takut serap pada doh yang akan mnyebabkan biskut jadi keras. (kalau tak letak bijan, tak perlu putih telur...)
7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu +- 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing..
8) Bila sudah masak, boleh masukkan dalam balang.
Selamat mencuba. Nak test kuih bangkit asli anda tu original atau tidak, cuba cicah dalam kopi..kalau sedap..sah! memang asli lah tu...;)) - sekadar bergurau...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.