Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Ilmu Yang Paling Berguna?

Assalamualaikum sahabat yang dimuliakan Allah.

Semoga Allah merahmati dan meredhai Sahabat semua. Semoga Allah mengampunkan segala dosa diberi kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat dijauhkan azab nerakaNya.

Ilmu dunia dan akhirat adalah sama pentingnya. Kita perlukan ilmu untuk melakukan segalanya, dari kecil hingga kita meninggal dunia, ilmu yang jadi penyuluh hidup. Tanpa ilmu hidup jadi gelap, tiada ilmu yang bermanfaat juga kita takkan mampu membezakan yang benar dan salah, yang hak dan batil dan banyak lagi.

Apakah Ilmu Yang Paling Berguna?

Namun harus pandai memilih ilmu yang betul dan tidak melalaikan. Imam Syafi’i rahimahullah sendiri telah menyatakan:

Setiap ilmu selain al-Qur`an adalah kesibukan, Kecuali al-Hadits dan ilmu tentang pemahaman agama. Ilmu itu apa yang padanya mengandungi “ungkapan telah menyampaikan kepada kami” (sanad). Sedangkan selain itu, adalah bisikan-bisikan syaitan. (Diwan Imam Syafi’i, hal. 30, Darul Manar)

Apakah Ilmu Yang Paling Berguna?


Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:

"Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi:

"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

Apakah Ilmu Yang Paling Berguna?

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

"Ilmu yang memberi manfaat itu adalah ilmu yang menambahkan rasa takutmu kepada Allah, ilmu yang menambah celik mata hatimu terhadap keaibban dirimu, ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Allah, ilmu yang mengurangkan kasihmu kepada dunia, ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memelihara dirimu daripadanya, dan ilmu yang menampakkan kepada kamu segala tipu helah syaitan"

- Imam Al-Ghazali, Bidayatul Hidayah-

Semoga bermanfaat.

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. ilmu yang amar makruf nahi mungkar. alhamdulillah thanks for sharing this :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hanis, tkasih kerana membaca di sini.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close