Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Baca Surah Yaasin Ayat 76 Jika Anda Sedih Di Fitnah

Fitnah dunia memang menyedihkan. Kerana fitnah manusia boleh berbunuh-bunuhan. Fitnah merosakkan hubungan sesama keluarga dan saudara mukmin kita. Sebab itulah kita dikehendaki siasat dahulu punca berita dan khabar yang kita terima sebelum menebarkan kepada orang lain. Ditakuti apa yang kita lakukan itu berupa fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Lebih baik diam jika anda tidak pasti tentang sesuatu perkara yang anda dengar atau baca.

Di dalam Al Quran surah Al Baqarah; ayat 191 tercantum kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Wallahua'lam...

Baca Surah Yaasin Ayat 76 Jika Anda Sedih Di Fitnah 


Surah Yasin Ayat 76:


Maksudnya;

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

Gambar surah yasin ayat 76


Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa.

Bacalah sambil pegang dada.

Sesungguhnya kita bergantung harap pada Dia yang mencipta kita.

Tafsir ayat 76, surah Yasin (sumber: Tafsir Sunnah)


فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ

Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;

Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat. Sebab itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.

Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi.

إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;

Contohnya, ada yang tak suka dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.

 وَمَا يُعْلِنُونَ

dan apa yang mereka lantangkan dengan suara mereka;

Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari Allah.

Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka menghina Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak. Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu.

Semoga kita mendapat iktibar daripada tafsiran ayat 76 Surah Yasin di atas.

#taufik dan hidayah milik Allah jua.
#terus mencari dan mengharap redhaNya

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close