Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bekerja Keras Di Dunia Untuk Akhirat

Siang malam kita bekerja, untuk apa sebenarnya? Apakah yang kita cari di muka bumi Allah yang luas ini hingga kadangkala mencecah 24 jam sehari. Itupun adakala tak cukup untuk mengejar apa yang kita impikan.

Bukan setakat itu, kerana kekangan masa, kita abaikan amanah Allah iaitu anak dan isteri atau suami. Kita lalai menjenguk ibu tua yang menanti kehadiran di depan mata mereka, kita alpa menemankan ayah uzur berbual mesra pada penghujung usia mereka. Ya Allah...maafkan aku yang terlalu sibuk mengejar kesenangan dunia hinggakan aku lalai kehidupan kekal di akhiratMu.

Bekerja Keras Di Dunia Untuk Akhirat

Oleh itu duhai sahabat, mari sama-sama renungi pandangan ikhlas yang saya kongsikan berikut tentang bagaimana kita boleh mentadbir cara kita berusaha dan bekerja keras di dunia namun manisnya di bawa hingga ke akhirat.

Bekerja Keras Di Dunia Untuk Akhirat


Para sahabat nabi Muhammad saw, daripada bangun tidur sehingga kembali tidur, di dalam kepala mereka hanyalah memikirkan bagaimana untuk mendapatkan redha Allah dan masuk syurga.

Jadi, adakah para sahabat tak buat kerja? Hanya duduk di dalam masjid saja ke?

Jawapannya tidak. Para sahabat nabi saw juga manusia macam kita. Mereka juga berniaga. Mereka juga mengajar. Mereka juga ada yang berkebun. Mereka juga berjihad.

Akan tetapi, semua kerja dan tindakan harian mereka ditimbang dengan neraca akhirat.

(Jawapan daripada: Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub)

Bekerja Keras Di Dunia Untuk Akhirat

Maksudnya kawan-kawan, setiap perbuatan dan usaha kerja yang kita lakukan setiap hari mestilah ada misi akhir di hujung hari tersebut iaitu untuk MENDAPAT REDHA ALLAH. Itu saja!

Mudah kan?

Boleh tak kita lakukannya mulai sekarang? Mulai saat anda habis baca artikel ini? Jom! Bangkitlah! Audit semula perbuatan kita hari ini. Sudahkah doakan ibubapa walaupun anda tak sempat menjenguknya, jenguklah mereka dalam doa-doa anda.

Apakah pekerjaan anda hari ini disudahi dengan kebaikan dan menjurus kepada bekalan akhirat? Sudahkah anda syukuri rezeki yang diperolehi hari ini dengan secebis ungkapan, ALHAMDULILLAH?

Kalau belum, lakukannya sekarang! Usah bertangguh. Okay...

Semoga perkongsian ringkas di atas menjadi asbab Allah mengurniakan taufik dan hidayahNya kepada saya sekeluarga dan rakan muslim saya tersayang.

Insyaa Allah. Semoga Allah SWT menetapkan hati kita sentiasa dalam iman.

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close