Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Mu'izz

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Mu'iz- Al Mu'iz bermaksud Maha Memuliakan. Yang menyebabkan seseorang menjadi kuat, mulia atau menang. Nama Allah, Al Mu'izzu dibaca Al Mu'izz termasuk Al-Asma`ul Husna, firman Allah :
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali ‘Imran [3]: 26)
Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Mu'iz


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Mu'izz


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Mu'izzu =  40 Kali


Ertinya : Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

a) Dizikirkan ‘Ya Mu’izz’ sebanyak 40 kali setiap hari, Insya’Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Mu’izz’ 140 kali selepas solat Isyak setiap hari Isnin dan Jumaat, Insya’Allah Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain.

c) Jika diwiridkan ‘Ya Mu’izz’ secara istiqamah setiap hari, Insya’Allah ia akan menjadi mashyur dan mulia serta dihormati oleh sesiapa jua pun.

d) Sesiapa mewiridkan ‘Ya Mu’izz’ 40 kali selepas solat Maghrib pada hari Isnin dan Jumaat, Insya’Allah Allah akan diberikan kemuliaan dan kedudukan.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Mu'izz


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close