Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muzill

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muzill- Al-Muzill (Al Muzill) ertinya Yang Maha Menghina. Yang Menghinakan (makhluknya )/ Yang Maha Merendahkan – Penguji atau menghinakan. Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)


Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Muzill


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muzill
Berdoa dengan asmaul husnaa - al muzill


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Muzill =  75 Kali


Ertinya : Yang Menghinakan (makhluknya )/ Yang Maha Merendahkan – Penguji atau menghinakan. Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.

a) Sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, perbanyakkanlah zikir ‘Ya Muzill’ setiap hari, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

b) Apabila berasa terancam, bacalah ‘Ya Muzill’ sebanyak 75 kali, kemudian solat dan di dalam sujud, sebutkan nama orang yang ditakuti itu, Insya Allah akan selamat daripadanya penzalim dan musuhnya itu.

c) Apabila dibaca ‘Ya Muzill’ sebanyak 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, InsyaAllah akan dijauhkan musuh daripadanya.

d) Sesiapa menyebut ‘Ya Muzill’ sebanyak 75 kali berulang-ulang, Insya Allah akan terhindar daripada aniaya orang-orang yang hasad dan dengki kepadanya. Allah akan memeliharanya.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muzill


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close