Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hikmah Membaca Surah Al Falaq Untuk Berlindung Daripada Kejahatan Syaitan & Manusia

Surah al Falaq adalah surah ke dua akhir dalam al Quran dan banyak kebaikannya jika mengamalkan, menghayati dan membaca surah tersebut. Jadikan al Quran sebagai tempat kita mendapatkan nasihat yang tepat terus dari qalam Allah. Di situ terkumpulnya hikmah dan rahsia kehidupan yang tak habis di gali dan dipelajari. Semakin banyak kita hayati isinya, semakin keimanan kita kepada qada dan Qadar Allah menebal.

Masih ingat lagi rukun iman yang enam perkara itu? Hmm...meh kita refresh kembali 6 rukun iman yang wajib kita ketahui iaitu:

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Rasul
4. Percaya Kepada al Quran
5. Percaya kepada hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


Hikmah Membaca Surah Al Falaq Untuk Berlindung Daripada Kejahatan Syaitan & Manusia


Hikmah Membaca Surah Al Falaq Jika Takutkan Kejahatan Syaitan & Manusia

Seperti yang saya katakan tadi, surah al Falaq banyak hikmahnya bagi menjauhkan dari gangguan syaitan. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Alhamdulillah.

Amalkanlah ayat-ayat al Quran dalam hidup seharian umpama kita makan nasi setiap hari. Paling tidak hafallah ayat-ayat lazim seperti ayat-ayat Kursi, surah 3 Qul dan sebagainya ikut kemampuan kita.

Semoga dengan perkongsian ini kita dapat berlindung daripada syaitan yang direjam dan daripada kejahatan manusia.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close