Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pakej Kombo HAMKA Di Bookcafe

Pakej Kombo HAMKA Di Bookcafe | Ayuh! Cepat! Dapatkan buku-buku HAMKA dalam harga kombo yang murah dengan potongan harga sebanyak 10%. Tawaran ini sah sehingga pakej kombo ini habis dijual.

Mengikut rekod Bookcafe, hanya tinggal 8 unit sahaja pakej yang ada...

Hishh! Tak kenal HAMKA ke?? Meh baca sikit tentang HAMKA yang saya copy paste dari wikipedia,

Hamka, atau nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) ialah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Antara karya hebat HAMKA,
  1. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
  2. Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
  3. Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.
  4. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
  5. Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
  6. Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
  7. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
  8. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963, Bulan Bintang.
  9. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
  10. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
  11. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
  12. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
  13. Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
  14. Himpunan Khutbah-khutbah.
  15. Urat Tunggang Pancasila.
  16. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
  17. Sejarah Islam di Sumatera.
  18. Bohong di Dunia.
  19. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
  20. Pandangan Hidup Muslim,1960.
  21. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
  22. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Pakej Kombo HAMKA Di Bookcafe


Pakej Kombo HAMKA Di Bookcafe

List price: RM80.00
RM72.00
You save: RM8.00 (10%)
Weight: 1.40 kg per item


Kombo ini mengandungi buku berikut:

1. Falsafah Hidup - HAMKA : RM24.00

Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"

Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.


2. Lembaga Hidup - HAMKA : RM21.00


Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.

Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.

Maka dalam kandungan ibu itulah tercipta 'Lembaga Hidup' itu. Lembaga yang akan dituangkan seketika kita telah lahir ke dunia kelak.

Janganlah lembaga tinggal lembaga, dan kita tidak berusaha menuangnya.


3. Lembaga Budi - HAMKA : RM15.00


Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temanggung
Hidup jikalau tidak berbudi
Duduk tegak ke mari canggung


4. Tasawuf Moden - HAMKA : RM20.00

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

Sumber: Bookcafe

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close