Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Turunkan Berat Badan Tanpa Kesan Sampingan

Siapa ada masalah berat badan tak turun-turun selepas penat berdiet dan tahan makan? Kita kan manusia biasa, orang malaysia memang kena makan nasi. Betul tak? Jadi macam mana nak diet kalau tak boleh tinggal nasi? Ada tak cara diet yang boleh makan nasi dan lauk pauk yang kita suka?

Sebenarnya boleh...anda boleh makan apa saja (asalkan halal...) dan dalam masa yang sama tetap berdiet. Dengan syarat, makanlah dalam bahagian yang sedikit. Dan, amalkan makanan seimbang. Makanan yang seimbang adalah makanan yang kita ambil terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein dan sebagainya.

Petua Turunkan Berat Badan Tanpa Kesan Sampingan


Ada dua cara yang nak saya kongsikan untuk turunkan berat badan tanpa kesan sampingan. Dah lah tu, mudah pulak. Orang yang malas aje, yang tak mahu buat...hihi

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

 

Air teh cina atau teh hijau boleh menurunkan berat badan secara semulajadi. So tak ada kesan sampingannya. Tetapi makan masa sedikit, macam saya cuba, memerlukan lebih kurang 5 hingga 6 bulan untuk turun sekitar 6 kilogram.


2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Amacam?

Berani mencuba dengan sabar?

Tak mengapa lambat asalkan selamat dan berat badan kita itu menurun secara beransur-ansur. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close