Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Lemon Bersos Yang Pasti Sedap

Sudah agak lama saya tidak share resepi berasaskan ayam. Sewaktu bulan ramadhan yang lalu, saya banyak berkongsi resepi masakan kuih muih dan juadah berbuka. So, kali ini saya nak share resepi yang agak simple, tetapi berkhasiat. Kenapa saya kata berkhasiat? Sebab ia menggunakan lemon yang sememangnya buah utama untuk diet sekarang ni..

Buah lemon sudah menjadi buah wajib yang berada dalam peti ais saya. Dan, ternyata mengamalkan minum jus lemon suam setiap hari menjadikan saya sedikit langsing dan yang penting sihat. Saya juga sudah jarang batuk, dan tiada kahak pada tekak. Selepas makan atau setiap kali minum air masak, saya akan letakkan sekeping dua hirisan buah lemon sebagai minuman kesihatan saya.

So, jika anda mahu sihat tetapi langsing, amalkan minum jus lemon suam macam saya...hihi 

Dah bebel banyak sangat, meh kita buat resepi ayam goreng lemon letak sos yang mudah dan pastinya sedap. Nak bagitau sikit, resepi ayam goreng lemon ini saya kombine daripada beberapa resepi dan ada ubahsuai ikut  

Resepi Ayam Goreng Lemon Bersos Yang Pasti Sedap


Resepi Ayam Goreng Lemon Bersos Yang Pasti Sedap
SUMBER GAMBAR
Bila tengok pic macam sedap, kan? Iya, memang sedap dan ada masam masam manis sikit. Sebab campuran lemon, daun ketumbar dan sedikit gula menjadikan rasa ayamnya unik dan yang penting resepi yang menyihatkan.

Bahan-Bahan:

250 gram isi peha ayam dipotong dadu
Setengah biji lemon diperah
Setengah biji lemon dipotong bulat
1 sudu besar parutan kulit lemon
10 tangkai cili kering - dipotong
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur dipukul
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia dicincang
Sedikit daun ketumbar/ daun sup
Minyak bagi menumis dan menggoreng
Garam dan gula
sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air


BAHAN-BAHAN SOS:

sedikit air - secukupnya
serbuk perisa ayam - secukup rasa
jus lemon secukup rasa
gula secukup rasa
Garam secukup rasa - bila perlu saja

Cara Memasak Ayam Goreng Lemon Bersos Yang Pasti Sedap 


1. Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 20 minit.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan .

3. Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang. Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis.

4. Untuk buat sos, panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih . Masukkan jus lemon secukup rasa, gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati. Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah. 

5. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi. Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk ekstra citarasa dan bau. Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur.

Okay. Siap dah.

Selamat mencuba ya...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close