Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Kerang antara makanan laut kegemaran saya, terutamanya kerang bakar dan kerang rebus serai. Macam ni boleh habis sekilo kerang, gamaknya..., ada jugak orang yang tidak boleh makan kerang. Alahan katanya...

Antara resepi kerang yang pernah saya cuba adalah kerang rebus dengan serai, kerang sambal dengan petai, kerang bakar dan banyak lagi. Tetapi saya belum pernah cuba masak lemak cili api kerang. Sure, sedappp!! Kan?

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api


Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api 


Jom try resepi berikut yang saya kongsikan asasnya dari blog makan minum best, tetapi ada sedikit penambahbaikan untuk disesuaikan dengan citarasa tekak sendiri..hihi

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya:
  • 1 kg kerang (basuh bersih²)
  • 15 biji cili api (kalau nk pedas sila tambah)
  • 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh) 

Cara Menyediakan Kerang Masak Lemak Cili Api


1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur
2. Titik kan serai
3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. Jangan lupa masukkan asam keping.
4. Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
5. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Hah! Mudahnya. Sedap dihidangkan dengan nasi putih panas.

Bagi anda yang kurang gemar dengan kerang semata-mata, boleh campurkan dengan daun pucuk paku pakis sebagai penambah selera.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close