Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Wanita Di Cerai Suami Jangan Tinggalkan Rumah

Ingat ya wanita! Ini hak anda. Ini tanggungjawab anda untuk mengelak daripada ditindas oleh bekas suami. Jika anda dihalau dari rumah sebaik diceraikan, buat laporan segera ke mahkamah syariah. Jika perkara ini berlaku, anda dianggap dianiaya. Pihak bekas suami boleh dikenakan denda mengikut akta-akta tertentu.


Sekuat mana pun seorang wanita, pasti akan mengalir airmatanya bila terluka.

Sebagai panduan dan nasihat buat golongan wanita yang diceraikan suami, saya kongsikan artikel menarik dari SINAR HARIAN bertarikh 30 Ogos 2016. Ikuti nasihat yang amat berguna dan pendedahan buat wanita yang tidak tahu hak masing-masing sebaik diceraikan sang suami.


Wanita Di Cerai Suami Jangan Tinggalkan Rumah


Wanita yang dicerai diingatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga habis tempoh edah demi kepentingan tuntutan nafkah.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut berkata wanita berkenaan mempunyai hak untuk tidak meninggalkan rumah dan tinggal bersama anak-anak.

Katanya, wanita ini boleh membuat laporan sekiranya diusir keluar.

Beliau berkata mereka juga boleh memohon untuk terus tinggal di rumah yang didiami melalui proses yang akan dilakukan peguam syarie.

"Salah prinsip apabila seorang wanita itu keluar rumah sebaik diceraikan suami. Sekalipun bercerai mereka kena duduk di situ (rumah) selagi tidak dihalau suami," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di sini, hari ini.

Majlis yang menyaksikan pentauliahan 100 peguam syarie itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka Mohd Radzi Abd Latif.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata wanita yang diceraikan dan diusir keluar dari rumah perlu membuat laporan pada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan polis. Beliau berkata laporan berkenaan sebagai bukti isteri yang diceraikan dianiaya.

Ini memudahkan proses mendapatkan pembayaran nafkah daripada suami mereka.

Sementara itu, beliau berkata pembayaran nafkah oleh suami adalah wajib dan ia merupakan dosa besar sekiranya ia tidak dijelaskan dengan sempurna.

"Golongan suami yang enggan membayar nafkah boleh dihukum penjara. Sekiranya nafkah sebulan tidak dibayar mereka boleh dipenjara selama sebulan," katanya.

Ibrahim berkata bagaimanapun pembayaran nafkah itu boleh ditangguhkan sementara sekiranya bekas suami menghadapi masalah kewangan.

Beliau berkata Mahkamah Syariah akan membantu suami yang mempunyai masalah untuk membayar nafkah, dari dana yang diperuntukkan kerajaan pusat yang dipanggil Dana Bahagian Sokongan Keluarga.

Semoga perkongsian informasi di atas dapat memberi sedikit ilmu kepada wanita yang dicerai suami agar tidak panik, sedih dan putus asa menghadapi masa depan.

Banyak maklumat yang boleh diperolehi oleh wanita dengan mengetahui hak-hak mereka jika diceraikan oleh suami.

Yang penting, wanita harus cekal dalam meneruskan kehidupan. Perceraian bukanlah akhir sebuah kehidupan. Mana tahu ada sinar baru menanti di hadapan. Betul tak?

Bertabahlah!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close