Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Bashiir

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al-Bashiir.  Al Bashiir bermaksud Yang Maha Melihat. Allah Maha Melihat segala yang nyata dan yang tersembunyi, yang ada di depan atau di belakang. Semua dilihat oleh Allah SWT.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Bashiir


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Bashiir
Berdoa dengan asmaul husnaa - al Bashiir


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Bashiiru =  100 Kali 


Ertinya : Yang Maha Melihat (Ia berupaya melihat segala-galanya)

a) Apabila ‘Ya Bashiir’ dibaca sebelum Solat Jumaat dimulai sebanyak 100 kali, Insya’Allah hatinya akan terbuka dan selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

b) Dizikirkan ‘Ya Bashiir’ sebanyak 100 kali sebelum Solat Jumaat, Insya’Allah akan menjadikan kita terang hati & fikiran akan bertambah cerdas.

c) Sesiapa membaca ‘Ya Bashiir’ 100 kali selepas Solat Jumaat, Allah akan memberikan kekuatan pada pandangan dan ‘Nur’ pada wajahnya.

d) Sesiapa menyebut ‘Ya Bashiir’ 100 kali berulang-ulang antara solat fardhu dan yang utama setelah Solat Jumaat, Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Bashiir


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close