Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Suami Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan

Doa Agar Suami Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan. Bacalah doa yang baik-baik kerana doa juga merupakan terapi diri yang amat berkesan. Selain ia boleh mengembalikan semangat untuk hidup, doa juga mampu meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah semata-mata. Hidup suami isteri ada banyak dugaannya, ada ketika kita buntu untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

Ustaz selalu pesan, sirami hati yang marah dengan membaca al Quran. Kuatkan benteng diri dengan DOA tanpa henti. Doa boleh dilafaz di mana saja, hinggakan terdetik di hati pun Allah faham permohonan dan rayuan kita.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.


Doa Agar Suami Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan 

Doa Agar Suami Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan

Doa Agar Suami Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan Dalam Rumi


Izz qaa layusufu li a'biih, yaa abati inni ra'aitu aa'hada a'syarakawkabaa, wassyamsawal qamara ra'aituhum lii sajidiin... {Surah Yusuf; ayat 4}

Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang danmatahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Boleh dibaca selepas solat fardhu sebanyak 3 kali.

Yakinlah kepada Allah agar suami/ isteri berubah lebih baik dan dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah & warahmah...

Semoga kita semua dalam peliharaan Allah SWT, diberikan kekuatan iman dan dilimpahi taufik dan hidayahNya. Aamiin....

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close