Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Surah Al Kautsar | Surah Paling Pendek Dalam Al Quran

Rahsia Surah Al Kautsar | Surah Paling Pendek Dalam Al Quran - Surah Al-Kautsar (سورة الكوثر) ialah surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kautsar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.

Isi kandungan surah ini adalah perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.


Rahsia Surah Al Kautsar 



Maksud Surah Al Kautsar:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ 
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ 
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


Surah Al Kautsar Dalam Rumi


Bismillahir rahmaa nir rahiim

inna a'ttoina kalkautsar
fadsallili robbika wanhar
inna syaani'aka hual ab tar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah al Kautsar ini boleh diamalkan, antaranya:

♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah al Kautsar sebanyak 10 kali pada mata.

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

♥jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sering diingatkan berkali-kali, Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. 

Diharap perkongsian tentang rahsia surah al Kautsar di atas memberikan kita kefahaman dan kelebihan surah al Kautsar dalam kehidupan sebagai seorang mukmin yang sebenar-benarnya.

Bacalah al Quran dan fahami maksudnya kerana dalam itulah Allah berkata-kata dan mengingatkan kita.

Selamat berkorban... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close