Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bihun Goreng Sotong Sedap

Resepi Bihun Goreng Sotong Sedap. Ada banyak resepi bihun goreng atau mee hoon goreng sedap yang mahu saya kongsikan. Resepi ini asalnya saya ambil dari SkyBlueMeymey tetapi kemudian saya ubahsuai mengikut citarasa kami sekeluarga. Jadi anda sendiri pun boleh ubah suai mengikut tekak masing-masing. Hihi...

Memasak bihun goreng ni bukanlah sukar sangat, kerana asas memasaknya sama saja cuma anda kena pandai mengagak berapa lama untuk memasak bihun tersebut kerana jika terlalu lama dimasak, bihun akan lembik. Kena pandai memilih bihun yang sesuai untuk di masak lama atau sekejap.

Bihun goreng kami sekeluarga mesti kena letak tauge, kalau tidak...tak naiklah aromanya. Rangupnya kunyahan tauge dengan bihun sudah menjadikan masakan itu enak dinikmati..(macam iklan pulak...)

Gambar : Sumber

Resepi Bihun Goreng Sotong Sedap


Bahan-Bahan

1 bungkus bihun - direndam
250 gm sotong - dipotong bulat
200 gm udang - dibuang kulit dan kepalanya
Segenggam udang kering - direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
3 batang sawi ATAU gantikan dengan lobak merah dan frozen corn kernels
1 mangkuk tauge
3 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris kasar
4 ulas bawang merah - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
5 - 6 1/2 sudu besar sos cili ( bergantung kepada selera masing-masing )
1 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis


Cara-Cara Masak Bihun Goreng Sotong Sedap 


  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  • Kemudian pecahkan telur satu persatu.
  • Masukkan sayur sawi atau mixed vegetables. 
  • Setelah itu bolehlah dimasukkan sotong, udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  • Gaul dan masukkan cili merah.
  • Masukkan bihun dan gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  • Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga bihun garing.
  • Jangan lupa masukkan tauge, gaulkan sekejap saja dan matikan api.
  • Angkat dan hidang.
  • Taburkan dengan hirisan daun sup jika suka.
Dah siap. Resepi sedap bihun goreng sotong. Tengok gaya macam bihun goreng seafood je, kan? Sebab banyak seafood kat dalam tu.., kalau nak sedap memanglah kena banyak bahannya.

Tapi jika anda suka bihun goreng sotong yang ringkas, cukup masukkan sotong dan sedikit sayur. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close