Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

Resepi Red Velvet Cheese Kek Kukus Yang Mudah | Whoitt!! Senang ke? Ada yang kata senang aje nak buat kek red velvet cheese kukus ni. Susah cari resepi? Nah! Saya kongsikan resepi di bawah ini yang simple dan tak banyak langkah-langkahnya. Tak caya cubalah...

Bahan-bahan untuk resepi red velvet cheese kek kukus mudah saja sebenarnya, boleh didapati di semua pasaraya.

Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah

Lagi satu, kek cheese red velvet ni warnanya cantik, merah menyala. Sekali pandang macam bunga ros pun ada...hihi, rasa sayang nak makan. Saya tulis kat blog ini sebagai rujukan saya buat resepi ini di masa akan datang...(peace!!)

RELATED✴✴RESEPI KEK KUKUS WARNA WARNI PALING MUDAH DAN SEDAP


Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah


Resepi Red Velvet Cheese Kek Kukus Yang Mudah ini saya kongsikan daripada blog wanita garam & gula yang saya dapati beliau menggunakan cara yang mudah dan kukus pulak tu...hihi, faham-fahamlah...orang tak pandai buat kek macam saya memang suka pilih cara mudah. Jangan maree...

 

Bahan-bahan kek red velvet: 


[+] ANEKA RESEPI KEK KUKUS


3 1/2 cawan tepung gandum
170 gram butter
2 cawan gula kastor
3 biji telur
6 sudu pewarna merah
3 sudu serbuk koko
1 1/2 camca esen vanila
1 1/2 cawan buttermilk ( camporkan susu segar dengan 2 sudu jus lemon)
1 camca garam
1 1/2 camca cuka makan
1 1/2 camca soda bikarbonat

Cara Masak Red Velvet Cheese Kek Kukus Yang Mudah


1) Pukul butter, gula dan telur hingga kembang dan gebu. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila...kemudian pukul lagi hingga adunan sebati.

2) Masukkan garam, kemudian masukkan butter milk dan tepung secara berselang seli sambil di pukul sebati. Akhir sekali di dalam cawan campur kan soda bikarbonat dan cuka biar sampai berbuih. Masukkan ke dalam bancuhan dan dipukul rata.

3) Masuk aduanan ke dalam bekas dan kukus selama 25-30 minit (kurangkan masa mengukus jika mengunakan bekas yang lebih kecil)

4) Kukus selama 25 minit. (Kalau guna food container pun boleh. Saiz ikut suka.). Contohnya macam bekas dalam gambar di bawah: 
Resepi Kek Red Velvet Cheese Kukus Yang Mudah
Gambar sumber Google

Bahan krim cheese:


250 gram krim cheese (akak pakai jenama totura je)
1/2 cawan whipping krim
1/2 cawan gula kastor
1 sudu jus lemon

Cara membuat krim cheese:

a) Pukul krim cheese hingga lembut (pastikan krim cheese dikeluarkan dari peti sejuk 15 minit sebelum di pukul. Jangan biarkan krim cheese terdedah lama dalam suhu bilik)

b)Campurkan semua bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.

Untuk hiasan:

250gram cheddar cheese - diparut


Nota penting:

Tunggu hingga kek betul-betul sejuk baru lah di hias dengan krim cheese mengikut kreativiti masing-masing.

Kalau tak cukup krim cheese tersebut, buat dua adunan pun boleh. Jika terlalu sedikit ia mungkin tak mampu tutup seluruh kek...

Caranya? Mudah aje. Cuma gandakan aje bahan-bahan dari resepi krim cheese di atas tadi. Insyaa Allah, sedap jadinya.

Dah faham cara nak buat kek red velvet cheese kukus yang saya kongsikan di atas? Semoga resepi ini dapat memberikan anda satu lagi resepi sedap lagi mudah untuk hidangan orang tersayang.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tengok macam senang je drpd resepi dari blog lain.nak cubalah

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close