Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Lahir, September!

Selamat datang, September! Bulan September bulan yang manis dan penuh kenangan. Bulan September adalah bulan ke sembilan dalam kalendar masihi. Bulan September banyak mengajar saya erti persahabatan abadi. September bulan pertemuan, dan Mac bulan perpisahan.

Allah datangkan seseorang yang baik dalam hidup kita untuk kita belajar sesuatu, tentang kehidupan, kesabaran, ketenangan, tentang kehilangan dan bagaimana untuk bangkit kembali setelah dikecewakan.

Selamat Hari Lahir, September!

Kemudian Allah tarik balik seseorang dari hidup kita kerana Allah mahu menduga kita berubah kerana Dia atau kerana manusia. Semoga kita semua mengambil hikmah yang tersembunyi di sebalik semua kejadian.

Selamat Hari Lahir, September!


Selamat Hari Lahir kepada sahabat dan taulan, yang tersayang, rakan pembaca yang sedang bersantai di blog ini dan kepada para pendidik yang menyambut hari lahir dalam bulan September ini.

Bagaimanakah personaliti orang yang lahir dalam bulan September?

Kelebihan 


Jom kita buat kupasan sedikit. Mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, orang yang lahir dalam bulan September ni. Menurut kajian tersebut, orang lahir bulan September sangat bersopan santun dan bertolak ansur. Iya ke?? Mereka juga sangat cermat, teliti dan teratur. Fakta yang ini saya agak percaya kerana saya ada beberapa orang kenalan yang bersikap sedemikian. Ada juga bersikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, amanah dan jujur. Orang yang lahir bulan September juga terbukti bijak, cerdas dan mudah belajar. 

Selamat Hari Lahir, September!

Di samping itu, mereka tergolongan dalam golongan yang pandai mendorong diri sendiri, macam berdikari gitu...., tetapi agak perahsia. Dan yang akhir sekali kelebihan personaliti orang lahir bulan September adalah seorang yang bersistematik. Buat apa pun ada perancangan dan pandai merancang.

Kekurangan 


Selain itu, orang yang lahir dalam bulan September ada juga kekurangan mereka. Oleh kerana mereka agak perahsia, maka orang lahir bulan September kurang menunjukkan perasaannya. Bila terluka hatinya, sangat lama disimpan. Hingga kadangkala ia menjadi beban kepada diri sendiri. Betul ke mereka juga terlalu memilih pasangan? Yang ini saya kurang pasti. hihi...

Mereka juga suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, sangat sensitif yang tidak diketahui puncanya. Haha...dahlah suka mengkritik orang lepas tu sensitif pulak...kena jaga-jaga ya, jika anda ada rakan yang lahir dalam bulan September.

Adakah anda tergolong dalam golongan orang yang lahir dalam bulan September?

Jika anda lahir dalam bulan September, ternyata anda seorang yang hidup mematuhi peraturan, pandai merancang dan sangat berdikari. Orang yang lahir dalam bulan September juga bijak dalam pelajaran.

Secara keseluruhannya saya dapat simpulkan bahawa orang yang lahir dalam bulan September ni kuat berahsia. So, mana yang kekurangan tu jadikan ia pemangkin untuk jadi lebih baik. Anggap saja kajian personaliti orang lahir bulan September di atas sebagai tambahan info santai anda.

Selamat membaca...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close