Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terima Cek Lagi Dari Nuffnang

Terima Cek Dari Nuffnang Berjumlah RM636.52 | Selepas hari raya haji banyak pulak kerenah perut ni, haish...mungkin tersilap makan atau terlebih makan. Itulah, kan orng tua dah berpesan..makan biar berpada-pada. Berhenti sebelum kenyang bukannya melantak selagi tak habis...hihi

Jangan risau. Baca [...petua merawat cirit birit kat sini...]

Selagi ada peluang buat income secara online, saya akan cuba rebut peluang tersebut. Selain dapat ringankan beban belanja harian, dapat juga menambah simpanan yang ada. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.

Bagi blogger yang baru pasang iklan Nuffnang kat blog, bersabar lah ya. Setiap usaha pasti ada buahnya...

Terima Cek Dari Nuffnang Berjumlah RM636.52 


Jumlah di atas adalah bayaran dari Nuffnang untuk cashout bulan Julai 2016 yang lepas. Semua blogger/ orang pun sedia maklum bahawa tempoh cashout Nuffnang untuk sampai ke tangan kita memakan masa lebih kurang 1 bulan setengah. Ini disebabkan pihak Nuffnang perlu melalui prosedur tertentu cek Bank dikeluarkan oleh pihak Bank. 


Gambar cek nya lupa nak snap...hihi

Jumlah diterima sebanyak RM636.52 sahaja. Alhamdulillah. Memang income dari Nuffnang tak pernah putus sejak saya pasang banner iklan dia orang di blog secara serius mulai tahun 2013. 

Tentang kelewatan prosedur Nuffnang keluarkan bayaran kepada blogger memang telah lama disuarakan namun sehingga kini pihak Nuffnang masih gemar cara lama. Saya pun pelik kerana kebanyakan vendor dan program Affiliate yang saya sertai telah gunakan kaedah fund transfer. Lebih mudah dan cepat!!

Google Adsense pun dah ada WIRE TRANSFER yang menjimatkan tempoh bayaran pendapatan iklan blogger secepat 3 hari. Terus masuk ke dalam akaun. 

Entahlah.

Mungkin pihak Nuffnang ada alasan tersendiri dalam mengendalikan cara bayaran income kepada blogger. 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close