Terima Kasih Kerana Telah Memberi Luka... | Hidup adalah sebuah nyanyian dalam sepi yang sering meletakkan kita di halaman rindu lalu meninggalkan kita dengan luka seribu liku. Impian yang tersimpan selalunya tak sama dengan realiti yang terjadi dalam perjalanan hidup yang panjang itu. Sering kita berduka bila takdir indah tidak menyebelahi kita lantas sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.
Dilukai...menjadikan kita pasrah untuk bangun berjuang. Rasa diri amat terhina, maruah tergadai, lemah semangat untuk bangkit kembali. Ingatlah...Allah tidak pernah mengajarkan kita untuk putus asa. Sebaliknya lawan rasa duka lara dengan senjata paling ampuh dengan DOA. Doa menjadikan orang yang takut menjadi berani, menyalakan kembali impian untuk bahagia dan yakin bahawa kuasa Allah melebihi kuasa lain di muka bumi ini.
Terima kasih kerana telah memberi luka. Ku jadikan luka ini sebagai pintu hijrahku.
Terima kasih kerana telah mengajar bahagia. Ku jadikan sebagai alas dukaku.
Terima kasih kerana telah meninggalkan sepi. Ku jadikan ia sebagai penghibur di kala keseorangan.
Terima kasih kerana telah berkongsi rindu. Ku jadikan ia sebagai teman kembaraku.
Terima kasih kerana telah merantaikan dengan cinta. Ku jadikan ia sebagai penyuluh masa depanku.
Terima kasih kerana telah menjadikan ku manusia. Ku jadikan ia sebagai tujuan hidup lebih bermakna.

Terima Kasih Kerana Telah Memberi Luka...

Terima kasih kerana telah membuatku menangis. Ku jadikan ia sebagai pencuci dosaku.
Terima kasih kerana mengirimkan doa. Ku jadikan ia sebagai bekalan di akhirat nanti.
Terima kasih kerana telah menuliskan madah. Ku jadikan ia sebagai lukisan hatiku.
Terima kasih kerana telah memimpin tanganku. Ku jadikan ia sebagai tongkat ketika terjatuh.
Terima kasih kerana memadam kenangan lalu. Ku jadikan ia sebagai motivasi bergerak ke hadapan.
Ku simpan semua terima kasihku, kepadamu insan yang istimewa yang meninggalkan 1001 momen dalam kehidupan lalu, masakini dan akan datang, insyaa Allah.
Biarkan yang baik-baik saja berlaku dalam masa mendatang, tiada lagi luka dan airmata. Kerana luka yang kau tinggalkan telah menemukan aku dengan pintu hijarahku.
Dan, hari ini bermula langkah pertama yang baru.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.