Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Jadi Jika Kita Tak Redha...

Apa Jadi Jika Kita Tak Redha..., | Apa jadi jika kita tak redha atas kesalahan orang lain papda kita?? MAAFKANLAH. Itulah kata azimat yang kita nak belajar hari ini. Maafkan orang amatlah susah lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusan hidup mati kita. Memaafkan amatlah payah tetapi bak kata Aisyah dalam lagunya, kemaafan dendam yang terindah. Emmm...susah sebenarnya nak memaafkan. Biarpun kita telah memaafkan, bekas parutnya masih berkesan sampai ke mati. Betul tak?

Memaafkan memang mudah tetapi melupakannya adalah MUSTAHIL.

Apa Jadi Jika Kita Tak Redha...

Bila berhadapan dengan orang yang buat salah pada kita, macam-macam rasa ada. Walau telah memaafkan, kita pasti masih ada tersimpan kenangan menyakitkan tersebut. Macam mana nak atasi masalah ni? Kalau bagi saya, mudah saja. Abaikan kewujudan orang tersebut. Anggap saja beliau hanyalah orang asing yang kita tak kenal. Lebih baik cepat-cepat menghindar diri. Lama kelamaan kita akan lupa juga dengan orang tersebut.

Tapi jika orang tersebut adalah ahli keluarga sendiri, terpaksalah redha. Mohon banyak-banyak doa pada Allah agar kuatkan hati kita. Tetapkan hati kita dalam iman. Buangkan rasa dendam dan amarah dengan banyakkan beristighfar. Semoga bermanfaat ya...

Apa Jadi Jika Kita Tak Redha...


Dalam satu kuliah, ada seorang bertanyakan kepada Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang itu buat pada kita?"

Jawapan: 

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha, Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT. Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB. Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orrang-orang yang kita tak redha itu. Sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf.

Nak ke?

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tidak, mengampunkan ke tidak..

Sekarang, tanya balik pd diri sendiri, berbangga ke kita dengang prinsip,
"Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga. Urusan kesalahan seseorang itu biarlah Allah selayaknya yang membalas.

Biarlah Allah menghakimi. Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak. Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Dan yang penting, kita akan mudah masuk syurga. Tak perlu pun jumpa atau tunggu orang yang kita tak redha itu.. 

Kita akan lebih tenang.

In shaa Allah.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close