Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menghadapi Situasi Blackout Di Rumah

Cara Berhadapan Dengan Situasi Blackout Di Rumah | Blackout atau elektrik terputus tiba-tiba menyebabkan suasana panik terutamanya jika kita berseorangan di rumah. Kita mula berpeluh dalam gelap dengan rasa yang pelbagai terutamanya marah, geram dan panas luar dalam. Ada yang menyumpah seranah tak tentu hala. Orang TNB bukan dengar pun...ya tak? Sia sia je anda membebel...

Cara Menghadapi Situasi Blackout Di Rumah
CARA HADAPI BLACKOUT DI RUMAH

Tindakan drastik yang boeh dilakukan adalah dengan menghubungi talian Careline TNB di talian 15454. Anda kena bersedia dengan maklumat yang diperlukan jika pihak TNB memerlukannya. Contohnya pukul berapakah bermulanya gangguan elektrik, alamat premis, cara pergi ke tempat anda dan sebagainya.

Cara Berhadapan Dengan Situasi Blackout Di Rumah


Ada banyak cara untuk berhadapan dengan situasi blackout. Antaranya:

1. Bertenang

Jika anda tiba-tiba diserang blackout di rumah, bawalah bertenang. Jangan panik. Bila kita panik ditakuti barang dalam rumah tunggang langgang kita langgar sebab ketakutan tersebut. Terutamanya jika blackout berlaku pada waktu malam.

2. Cari Lilin atau lampu suluh

Ha...next step adalah cari lilin atau lampu suluh. Cuba ingat betul-betul di mana anda letak lilin atau lampu suluh tersebut. Jadi, jika anda dah biasa mengemas dengan betul barangan kecemasan jika diperlukan, mudahlah anda menemui baang-barang tersebut.

3. Tutup semua suis utama

Bila dah ada lilin atau lampu suluh, keadaan rumah dah terang. Sekarang anda kena tutup semua suis yang terpasang sebelum blackout tadi. Berhati-hati ketika melakukannya.

4. Telefon TNB 15454

Telefon pihak Careline TNB 15454 untuk gangguan kerosakan. Rujuk maklumat di bawah yang saya kongsikan daripada website TNB.

TNB CareLine menyediakan lima saluran utama untuk menghubungi TNB:

1) Telefon atau fax 1300-88-5454 (One Stop Enquiry Centre - OSEC) bagi pertanyaan dan aduan pengguna berkaitan bil dan akaun TNB
2) Telefon atau SMS 1-5454 (Call Management Centre - CMC) bagi laporan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan lampu jalan TNB
3) Emel tnbcareline@tnb.com.my
4) Saluran pertanyaan/aduan/maklumbalas secara ‘real time’ menerusi Webchat di www.tnb.com.my
5) Layari www.facebook.com/tnbcareline bagi memberi pandangan, maklumbalas serta cadangan membina untuk mempertingkatkan perkhidmatan TNB

5. Buka semua tingkap

Jika blackout berlaku pada waktu siang, buka semua tingkap agar udara dari luar dapat masuk. Jika tidak anda mungkin kelemasan tanpa udara terutamanya mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang padat atau kawasan flat.

Semoga perkongsian ringkas di atas dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua agar bersedia apabila menghadapi situasi blackout di rumah.   

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close