Fadhilat Membaca Surah An Nas Setiap Hari. - Membaca al Quran adalah amalan yang mulia bagi semua umat Islam dan jika anda nak fahami qalam Allah, disitulah tempatnya iaitu al Quran. Di situlah di dalam al Quran Allah berpesan, berfirman, memberikan panduan hidup dan banyak lagi untuk kita ikuti dan amalkan. Dengan banyak membaca al Quran dan berzikir, hati mudah menjadi tenang. Insyaa Allah.
Dalam banyak-banyak surah dalam al Quran, ada surah yang amat digemari dibaca dan diamalkan oleh kita semua. Surahnya mudah, pendek dan senang dihafal. Orang biasanya panggil surah 3 Qul kerana pada setiap surah, ayat pertamanya bermula dengan perkataan Qul. Surah-surah yang saya maksudkan adalah surah Al Ikhlas, An Naas, dan Al Falaq.
Dalam artikel ini saya kongsikan fadhilat membaca surah An Nas setiap hari. Semoga bermanfaat.

Fadhilat Membaca Surah An Nas Setiap Hari
Surah An Nas Dalam Rumi
Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Qul a'uuzu bi rabbin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril wawaasil khannas
Allazhee yuwaswisu fee suduurin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril wawaasil khannas
Allazhee yuwaswisu fee suduurin naas
Minal Jinnati wa naas
Maksudnya:
Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Surah An Nas istimewa sebab ia sering dibacakan ketika mengerjakan Solat wajib setelah bacaan Surah Al Fatihah. Anda juga boleh membaca Surah An Nas ini setelah mengerjakan Solat yang ditambah dengan bacaan zikir seperti Istighfar, Selawat Nabi dan Surah Al Fatihah kerana fadhilat dari bacaan surah An Nas ada banyak. Tidak rugi jika kita sering membacanya.
Keistimewaan Surah An Nas antara lain, iaitu surah ini memiliki kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lainnya, merupakan salah satu surah Al Mu’awwidzataini iaitu dua surah yang mengandung permohonan perlindungan selain surah Al Falaq. Barang siapa yang membaca surah ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan mencukupinya dari segala sesuatu.

Istimewanya Surah An Nas

Sedangkan untuk manfaat Surah An Nas sendiri, antara lain boleh digunakan untuk meruqyah (merawat dalam perubatan islam) ketika anda mengalami sakit tenat, boleh melindungi dari godaan syaitan ketika sedang tidur. Caranya, membaca Surah An Nas sebelum tidur. Juga mampu melindungi dari segala bentuk macam sihir yang dilakukan oleh manusia, jin ataupun syaitan. Kerana inti dari Surah An Nas ini sendiri untuk memohon perlindungan kepada Allah.
Secara ringkasnya, keistimewaan dan fadhilatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah;
1. Sebagai pelindung / pendinding diri.
2. Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
3. Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
4. Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
5. Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

.
Semoga perkongsian di atas memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima oleh Allah SWT.
Bacalah dan fahami isi kandungan al Quran kerana dengan membaca al Quran hati menjadi tenang.
#al Quran penyuluh hidup.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.