Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hebatnya Hikmah Sakit Hinggakan Allah Menghapuskan Dosa-Dosa HambaNya

Sakit ada banyak hikmahnya. Sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil kita. Sakit adalah terapi buat hamba yang mengerti hikmah yang tersembunyi.

Sakit boleh menimpa sesiapa sahaja tak kira orang itu tua atau muda, kaya atau miskin dan sebagainya. Sakit adalah rahsia Allah. Hari ini kita mungkin terjumpa rakan kita dalam keadaan sihat, mana tahu esok lusa kita dengar dia dimasukkan ke hospital.
Hebatnya Hikmah Sakit Hinggakan Allah
Menghapuska Dosa-Dosa HambaNya
Hikmah sakit ada banyak sebagaimana dikongsikan oleh Tengku Intan Najiha di FB Dato Dr Fadzilah Kamsah. Semoga senarai HIKMAHNYA SAKIT dapat membuka minda kita untuk selalu beringat dan bersyukur.

Hebatnya Hikmah Sakit Hinggakan Allah Menghapuskan Dosa-Dosa HambaNya


Duhai sahabat-sahabat ku..... Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hamba-Nya, dan banyak hikmahnya. Bukti-buktinya ialah..

1) Sakit itu Zikrullah.
Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding diwaktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat.
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim.
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa.
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa.
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Rukuk & sujud kita lebih khusyuk, Tasbih & Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu'.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermanafa'at.. Ayuh zikir, fikir, syukur, sabar, redho.. dan senyum...

Selamat membaca Hebatnya Hikmah Sakit Hinggakan Allah Menghapuskan Dosa-Dosa HambaNya. Betapa hebat hikmah sakit hinggakan kita rasa seperti orang baru bila telah sembuh. Badan terasa ringan, fikiran rasa lapang dan kita rasa bersyukur sangat. Betul tak? Kalau tak caya cuba tanya wanita selepas bersalin dan tamat tempoh berpantang. Itulah contoh hebatnya hikmah sakit.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close