Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh

Mengeluh adalah perbuatan orang yang berputus asa. Dan Allah tidak suka kepada hambaNya yang bersikap begitu. Mengeluh menjadikan kita lemah, tidak berganjak ke hadapan dan tidak bersyukur. Kalau kita orang yang sabar, nescaya kita akan selalu bersyukur dan jauh sekali mengeluh terhadap sesuatu perkara yang tidak disukai.

Orang yang suka mengeluh ni selalu berfikiran negatif. Mereka hanya sukakan benda yang seronok, mudah serta mendatangkan keuntungan. Fikirlah kekawan, renungkan seketika...mengeluh menjadikan kita semakin sedih dan murung. Banyak mengeluh pun boleh merosakkan tubuh badan kita. Merosakkan hati dan minda.

Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh 


Mari sama-sama kita renungkan dan hayati jawapan Allah kepada orang yang suka mengeluh, sepertimana tercatat di dalam al Quran bagi menyakinkan kita bahawa Allah Maha Mendengar, Allah selalu ada.

Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh
Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh

1) Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."

ALLAH menjawab:
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9)

2) Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ini, tak sanggup rasanya aku.

ALLAH menjawab :
“AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

3) Ketika kita mengeluh: “Serabutnya..."

ALLAH menjawab:
“ Hanya dengan mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

4) Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia..."

ALLAH menjawab:
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya.”
(Al Zalzalah : 7)

5) Ketika kita mengeluh: “takde sorang pun yang nak tolong aku."

ALLAH menjawab:
“Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

6) Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.”

ALLAH menjawab:
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita." (At Taubah : 40)

Janganlah banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal. Semoga menjadi insan yang bertakwa.

Hadapi dengan tenang. Terima dengan sabar sesuatu dugaan atau benda yang kita tak suka. Usah mengeluh. Banyakkan bersabar. Seperti kata seseorang, sabar itu seperti namanya, pahit rasanya, akan tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.

Orang yang sabar ni menganggap bahawa musibah yang ditanggung sebenarnya berat baginya akan tetapi dia kuat menanggungnya.

Kita pun tak suka hal itu terjadi akan tetapi iman yang bersemadi di hati menghalang kita dari selalu mengeluh. Terjadi dan tidak terjadinya sesuatu hal itu tidak sama baginya. Perbuatan seperti ini wajib hukumnya kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk bersabar sebagaimana dalam firmanNya,
“Dan taatlah kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah SWT berserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46).
Semoga kita semua dijauhkan daripada golongan manusia yang mengeluh kerana Allah SWT telah menjawab dalam al Quran bahawa walau apa pun terjadi pada dirimu, Allah selalu ada, selalu dekat, Allah selalu mendengar aduanmu. Mengadulah kepada Allah dan bukannya mengeluh kepada manusia.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close