Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menaiplah Dengan Kebaikan

Menaiplah dengan perkara yang membahagiakan. Janganlah menaip untuk memecah belahkan. Menaiplah sesuatu yang membahagiakanmu di akhirat nanti. Menaiplah untuk menyatupadukan.

Menaip ada kaitan dengan kerja seorang blogger. Macam saya. Macam kita yang bergelar blogger. Menaip perlulah ada pasang niat. Niat untuk membawa manfaat kepada orang yang membaca apa yang anda tulis itu.

Bermulanya sesuatu itu adalah kerana niat. Jadi, kena pasang niat sebab musabab kita menulis agar apa yang dihasilkan memenuhi tuntutan agama dan amanah terhadap diri sendiri.

Menaiplah Dengan Kebaikan 


Menaiplah kerana Allah

Menaiplah kerana Allah. Tulislah sesuatu yang akan membahagiakan mu selama-lamanya walau nanti kamu telah tiada.

Kamu mungkin ingin cepat glamour macam orang lain. Kamu mungkin teringin menjana pendapatan online dengan mudah tanpa kamu sedari apa yang kamu tulis itu mungkin akan membawamu ke neraka.

Apakah perkara yang perlu dielakkan ketika menulis? Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan dalam tulisan anda, iaitu:

1. Elakkan sesuatu berbentuk fitnah
2. Jangan membuat gosip tak masuk akal
3. Sebaik-baiknya jangan menulis tentang aib orang lain
4. Usah memburuk-burukkan orang lain hingga terjadi pertelingkahan
5. Jangan berbangga dengan kerja maksiat yang dilakukan
6. Jangan meniru tulisan orang lain tetapi sebaliknya berikan kredit jika terpaksa merujuk artikel tertentu
7. Elakkan menulis sesuatu jika anda tiada pengetahuan tentangnya.

Saya berharap apa yang dikongsikan di atas dapat mencuit sedikit hati kita untuk melihat kembali hasil tulisan kita di blog. Renung kembali apa yang kita telah hidangkan kepada pembaca kita. Tak mengapa jika pada masa lalu kita pernah tersasar dari landasan kerana semua orang pernah buat khilaf. Maafkanlah dirimu yang lalu. Pandanglah ke depan.

Move on! Menulislah dengan kebaikan. Menaiplah kerana Allah.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close