Tersedu adalah satu penyakit? Biar betul. Biasanya bayi tersedu kerana lapar atau tercekik air. Tapi bagi orang dewasa pula, mengapa mereka tersedu? Adakah ia petanda awal sesuatu penyakit? Ada kah tersedu boleh di rawat?
Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan.

Mengapa manusia tersedu? |
Itu sebabnya kita dilarang makan dengan gelojoh atau pelahap kerana ia boleh menyebabkan sedu. Bila kena sedu, dada rasa sakit dan bunyi hik, hik, memang memalukan bila didengari oleh orang sekeliling.
Fenomena “tersedu” dihadapi oleh semua orang. Gejala ini berlaku apabila pengecutan otot diafragma (contraction of diaphragm) berulang-ulang kali selama beberapa minit disebabkan beberapa factor.
Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru.
Tetapi, ada ketikanya diafragma menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap.
Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.
Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.
Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan.
Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.
Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menyusu mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.
Antara kaedah untuk menghilangkan sedu adalah dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.
Biasanya gejala “tersedu” yang biasa dihadapi ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa rawatan.
Namun begitu, sekiranya gejala tersedu ini dihadapi untuk jangka masa yang lama dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan (chronic hiccup), penyakit ini perlu dirawat.
Antara faktor-faktor tersebut :
1.Penyakit saraf yang diwarisi
2.Kecederaan pada saraf phrenic dan vagus
3.Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf
4.Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)
5.Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas
6.Gelak yang berterusan
7.Makan terlalu cepat
8.Ubat chemotherapy
9.Paru-paru berair (pleural effusion)
10.Kesan sampingan ubat
Mengapa Manusia Tersedu?

Cara Merawat Sedu

So, setelah diteliti dari artikel di atas, ternyata sedu bukanlah satu penyakit dan ia akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minit. Namun anda boleh merawat untuk hilangkan sedu dengan cara yang disebutkan di atas.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.