Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Parut Dengan Mudah

Petua Hilangkan Parut Dengan Mudah. Parut yang membekas pada kulit memang agak menjengkelkan lebih lebih lagi jika parut tersebut letaknya di kawasan tubuh yang mudah nampak seperti di muka. Parut yang berbekas mencacatkan sedikit penampilan kita. Ada yang stress bila parut di wajah berbekas hitam dan sukar di rawat.

Jangan risau ya kekawan...ada petua dan cara nak hilangkan bekas parut tu. Ada cara moden dan tradisional. Yang moden, bersepah tempat atau pusat kosmetik yang anda boleh pergi tetapi memerlukan modal yang besar. Jika mampu apa salahnya.

Cara yang nak saya kongsikan adalah menggunakan cara tradisi dan murah saja kosnya. Jom tengok cara-cara merawat bekas parut di badan kita.


Petua Hilangkan Parut Dengan Mudah



Ambil sebatang daun lidah buaya dan bersihkan. Belah dua daun tersebut hingga keluar lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya pada bekas parut. Lakukan 3 kali seminggu. Insyaa Allah dengan yakin dan tawakkal, bekas parut anda itu akan hilang dan kulit kembali licin.

Petua Hilangkan Parut Dengan Mudah

Mudah saja, kan? Kosnya pun murah. Tapi susah sikit sekarang ni nak jumpa daun lidah buaya. Ada yang tak kenal? Cuba tengok betul-betul gambar di bawah.

 

Inilah gambar daun lidah buaya. Kat kampung MIL saya dulu ada banyak tanam tapi habis calar balar kaki cucu-cucunya bila bermain di halaman rumah. Akhirnya pokok tersebut dibuang kerana membahayakan kanak-kanak yang tak reti duduk diam. Hihi...

Ada juga yang gunakan kulit kayu manis untuk hilangkan parut. Caranya adalah dengan ambil 2 potong kulit kayu manis dan tumbuk hingga halus dan dicampurkan dengan segenggam bedak sejuk. Kemudian gaulkan dengan sedikit air. Dah sebati, sapu pada bekas parut sebelum tidur. Amalkan setiap malam untuk hasil yang berkesan.

Selamat mencuba ya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu pokok nih banyak kat rumah ... Selalu guna buat mask ... Tapi sekarang nih dah makin pupus plak ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close