Tadi balik kerja singgah makan sekejap kat Thai restoran yang dah biasa kami kunjungi. Oleh kerana seharian belum makan, saya berasa amat lapar. Lalu saya order makanan berasaskan nasi iaitu nasi goreng paprik. Hero kecil saya pula order nasi goreng tanpa sayur...hmm...terpaksalah layankan aje, sebab dia tak makan sayur.
Nasi goreng paprik ayam ni ala Thai sebab tukang masaknya dari sana. Bila dibelek dan rasa, ada aroma masakan Thai yang biasa tu...ada rasa sikit masam, pahit, manis..ada hirisan daun limau purut pada papriknya. Mungkin dia guna sos siam yang glamour tu..hihi
Ada orang suka nasi paprik, saya pula suka nasi goreng paprik. Tekak masing-masing katakan..
Jom kita tengok resepi nasi goreng paprik ala Thai, anggaran menu untuk 4 orang makan. Nasi goreng macam biasa, anda goreng nasi dengan bahan seperti bawang, bawang putih, sikit cili padi, ikan bilis dan kalau suka letak sambal belacan. Jangan lupa letak juga pes perisa tomyan untuk menjadikannya ala Thai. Hihi..., Tumbuk semua bahan, tumis sampai naik bau kemudian masukkan nasi. Tak perlu letak telur sebab kita nak makan dengan ayam paprik tu..
Bahan-bahan:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi. Kalau nak tambah telur dadar goreng pun boleh.
Hah!
Nasi goreng paprik ayam ala Thai |
Nasi goreng paprik ayam ni ala Thai sebab tukang masaknya dari sana. Bila dibelek dan rasa, ada aroma masakan Thai yang biasa tu...ada rasa sikit masam, pahit, manis..ada hirisan daun limau purut pada papriknya. Mungkin dia guna sos siam yang glamour tu..hihi
Ada orang suka nasi paprik, saya pula suka nasi goreng paprik. Tekak masing-masing katakan..
Resepi Nasi Goreng Paprik Ayam Ala Thai
Jom kita tengok resepi nasi goreng paprik ala Thai, anggaran menu untuk 4 orang makan. Nasi goreng macam biasa, anda goreng nasi dengan bahan seperti bawang, bawang putih, sikit cili padi, ikan bilis dan kalau suka letak sambal belacan. Jangan lupa letak juga pes perisa tomyan untuk menjadikannya ala Thai. Hihi..., Tumbuk semua bahan, tumis sampai naik bau kemudian masukkan nasi. Tak perlu letak telur sebab kita nak makan dengan ayam paprik tu..
Bahan-bahan:
- Sedikit hirisan isi ayam
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar sos tomato
- sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
- garam dan gula secukup rasa
- 4 biji cili padi (diketuk)
Cara Menyediakan Nasi Goreng Paprik Ayam Ala Thai
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi. Kalau nak tambah telur dadar goreng pun boleh.
Paprik Ayam Ala Thai |
Dah siap pun cara-cara memasak nasi goreng paprik ayam ala Thai. Mudah saja bahan-bahannya, cara memasak pun agak ringkas. Yang penting tahu dan kenal bahan-bahan dalam masakan tu...hihi
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.