Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Solat Sunat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik Dari Dunia Dan Seisinya

Subhanallah. Walhamdulillah. Walaailaahaillallah. Allahuakbar..., salam Jumaat yang barakah kepada pembaca blog ini. Segala pujian bagi Allah yang memiliki sekelian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda...

Sudahkah anda bersedekah? Sudahkah anda bersyukur di permulaan hari ini? Hari Jumaat penghulu segala hari? Sedekahlah, walau sekadar senyuman seikhlasnya. Sedekahkan al Fatihah buat umat Islam seluruh dunia, itu pun lagi baik. Semoga hari-hari kita dipermudahkan dengan takdir yang baik dan dipayungi dengan belas kasih Allah.

Ada buat solat sunat Fajar atau solat sunat 2 rakaat sebelum subuh pagi tadi? Terlepas? Atau terlupa? Atau anda tidak tahu bahawa solat sunat fajar 2 rakaat adalah lebih baik dari seisi dunia & lainnya?

Jom baca selanjutnya di bawah ini.

Solat Sunat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik Dari Dunia Dan Seisinya


Apakah yang dinamakan solat fajar? Bilakah waktu yang disebut fajar itu?

Baiklah.

Solat fajar adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum solat fardhu Subuh iaitu sesudah azan Subuh.

Sebahagian orang keliru antara solat fajar dengan solat qabliyah subuh, hingga ada yang melaksanakan dua kali. Solat fajar dilakukan sebelum azan subuh, kemudian shalat qabliyah subuh dilakukan setelah adzan subuh, ini adalah pemahaman yang silap. Solat fajar adalah shalat qabliyah subuh.

Solat Sunat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik Dari Dunia Dan Seisinya

A’isyah RA menceritakan,

”Bahawa Nabi SAW tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat sebelum subuh.” (HR.Bukhari 1182, Nasai 1758, dan yang lainnya).

Hadits dari A’isyah ini menunjukkan bahawa solat sunah yang di motivasi Rasulullah SAW dan baginda biasa lakukannya adalah solat sunah qabliyah subuh, dan solat ini dinamakan solat fajar, kerana solat ini dilaksanakan tepat setelah terbit fajar, sebelum menunaikan solat subuh.

Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung merah di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;

[Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ...hadith dari Abu Hurairah (r.a): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ini Jibril (a.s) datang kepada kamu sekelian mengajarkan kamu sekelian tentang ugama kamu sekelian. Maka bersolat (solat) Subuh ketika ketika terbit fajar (i.e. kelihatan awan merah di sebelah Timur), bersolat (solat) Zohor ketika condong (i.e. tergelincir) matahari; kemudian bersolat (solat) 'Asar letika melihat bayang-bayang seumapama bayang (sesuatu); kemudian bersolat (solat) Maghrib ketika tenggelam matahari dan (ketika) itu halal berbuka seseorang yg berpuasa; kemudian bersolat (solat) Isya' ketika hilang cahaya merah malam (di barat). Kemudian (Jibril (a.s) datang pula keesokannya. maka bersolat (solat) Subuh ketika warna kekuning-kuningan (sebelah Timur) tinggal sedikit; Kemudian denganya bersolat (solat) Zohor ketika ketika ada bayang-bayang seumpamanya (i.e. benda); Kemudian bersolat (solat) 'Asar ketika ada bayang-bayang dua seumpamanya (i.e. dua kali panjang); kemudian bersolat (solat) Maghrib dengan waktu yg satu (i.e. sebagimana disebutkan sebelum ini); kemudian bersolat (solat Isya' ketika hilang gelap pada malam hari. Kemudian berkata (Jibril (a.s): 'Adapun (waktu) solat itu apa-apa antara solat engkau kelmarin dan solat engkau hari ini.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]

Dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

”Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).

Kemudian, juga hadis dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,

Tidak ada solat sunah yang lebih diperhatikan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari pada dua rakaat fajar. (HR. Bukhari 1169).

Hadits ini menunjukkan semangat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memelihara dua rakaat ini daripada solat sunat yang lain.

Solat-solat sunat rawâtib (solat yang menyertai solat fardhu) tidak sama keutamannya. Solat sunat Subuh berada di urutan teratas. Sebab, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun baginda berada dalam perjalanan. Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan bahawa perhatian dan keutamaan baginda paling besar pada solat sunat Fajar @ Subuh Oleh sebab itu, baginda tidak pernah melupakannya, samada ketika di rumah ataupun dalam perjalanan.

Jika solat sunat fajar begitu tinggi keistimewaannya, apatah lagi solat fardu Subuh itu sendiri. Subhanallah. Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beruntung.

Sumber Rujukan:

[1] http://www.konsultasisyariah.com/kapan-waktu-pelaksanaan-shalat-sunah-fajar/
[2] http://almanhaj.or.id/content/3777/slash/0/perhatian-rasulullah-shallallahu-alaihi-wa-sallam-terhadap-shalat-dua-rakaat-sebelum-subuh/
[3] http://almanhaj.or.id/content/3505/slash/0/shalat-sunnah-rawtib-subuh/
[4] https://rumaysho.com/3301-keutamaan-shalat-sunnah-sebelum-shubuh.html

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close