Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Khabiir

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al-Khabiir. Al-Khabiir maksudnya Maha Waspada/ Maha Mengetahui. KewaspadaanNya mencakupi pelbagai perkara.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Khabiir


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Khabiir
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Khabiiru = sebanyak mungkin 


Ertinya : Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.

a) Jika diwiridkan ‘Ya Khabiir’ sebanyak mungkin setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sesuai dengan maksud zikir ini. Antara lain faedahnya ialah dapat bertemu kembali dengan teman atau anak yang telah sekian lama terpisah.

b) Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula, sebutlah ‘Ya Khabiir’ berulang-kali, InsyaAllah kebiasaan buruk itu akan ditinggalkannyakemudian.

c) Apabila ‘Ya Khabiir’ dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, InsyaAllah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

d) Jika ‘Ya Khabiir’ dizikir sebanyak mungkin selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersembunyi. Ianya juga sangat berkesan bagi mengapuskan keinginan nafsu yang gila untuk berpoya.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close