Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biarkan Sesekali Kita Tersungkur

Biarkan Sesekali Kita Tersungkur - Biarkan dirimu diuji, relakan kesakitan memukul masa lalu demi mengajarkan sesuatu yang berharga iaitu sebuah pengalaman. Benar sekali, pengalaman tidak diperoleh percuma. Ia datang dalam pakej yang sempurna tetapi lebih berliku daripada yang kita dapat gambarkan.

Jalan bahagia banyak selok beloknya, berbagai simpang siurnya hinggalah kita temui sebuah perhentian yang indah.

Biarkan sesekali dirimu tersungkur
Biarkan sesekali dirimu tersungkur

Begitulah yang selalu diceritakan.

Orang yang indah luarannya belum tentu cantik di dalamnya. Setiap orang ada pretty ugly nya. Hanya jauhari yang mengenal maknikam. Setiap kegagalan bukanlah mesti hitam selamanya.

Biarkan Sesekali Kita Tersungkur


Tak semua orang yang hidupnya bermula dengan indah dan manis. Bukan semuanya kita akan mengecap bahagia dari awal perjalanan kerana langit tidak selalunya cerah.

Sebagai contoh, kita mungkin mengharap usaha yang kita kerjakan dengan sepenuh hati akan membuahkan kejayaan abadi. Tetapi kita lupa bahawa kita hanya merancang mengikut waktu sedangkan Allah merancang sesuatu dengan seluas kasih sayangnya.

Dalam diberikan kegagalan demi kegagalan, Dia mengajarkan sebuah ketabahan. Di saat Dia seperti tidak mengendahkan, sebenarnya Allah mahu kita semakin khusyuk dan tunduk ke bumi, merendahkan diri menyerahkan segalanya kepadaNya.

Itu rahsia di sebalik rahsia. Yang tak terungkap oleh jiwa yang marah. Yang tak nampak di mata yang rakus keduniaan.

Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur.

Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti.

Dan, datang lagi dugaan. Kali ini dilimpahkan kekayaan yang tidak terduga. Apakah perasaannya kali ini? Adakah kita akan alpa? Tentu tidak bukan? Kerana pernah tersungkur di masa lalu, mengajarkan kita untuk tahu BERSYUKUR. Itulah nikmatnya yang Allah nak tunjukkan.

Alhamdulillah. Kerana sesekali Allah berikan kegagalan. Untuk kita lebih bertaqwa.

Bersyukur.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close