Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari

Jadikan senaman ringan setiap hari sebagai aktiviti mesti bagi anda. Contoh senaman ringan yang boleh dilakukan adalah berbasikal, berjogging, lompat bintang, berlari atas treadmill dan sebagainya. Walaupun pakar kesihatan mengatakan senaman hanyalah 30% daripada proses diet, manakala makanan merangkumi 70% tetapi senaman juga amat diperlukan untuk menjadikan tubuh kita 'fit' dan sihat.

Dengan senaman kayuhan basikal contohnya, kita dapat bakar kalori dengan cepat dan sekaligus proses turunkan berat badan jadi cepat.

Berbasikal amat bagus untuk turunkan berat badan

Mari baca sedikit info yang saya baca dari internet. Berlari mungkin lebih baik untuk menggerakkan tubuh secara terus-menerus. Tetapi itu juga bermakna semua sendi akan menerima beban hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh anda, semakin berat juga sendi anda menerima hentakan.

Timmons mengatakan itulah sebabnya mengapa berbasikal iaitu sejenis senaman rendah hentakan, menjadi pilihan tepat untuk mereka yang baru bersenam kembali. Kira-kira 70 peratus berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.

“Anda boleh melakukan senaman berbasikal secara maksimum dan menghindari kecederaan kerana tubuh anda tidak menghentak ke bawah,” terang Timmons.

Dr. Simon Kemp, daripada Fakulti Sukan dan Ubat-ubatan sebuah universiti di Britain merupakan seorang penggemar basikal dan mampu mengayuh sehingga 150 kilometer tanpa masalah. Dia mengatakan, salah satu keunggulan basikal ialah anda boleh memperbaiki teknik kayuhan tanpa memerlukan usaha yang banyak.

“Anda boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan mudah yang intensitinya cukup rendah iaitu hanya menggunakan sekitar 60 peratus degupan jantung.”


Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari



Tahukah anda senaman kayuhan basikal dalam 30 minit sehari boleh menurunkan berat badan dengan cepat?

Contohnya berkayuh selama 15 minit boleh buang atau bakar 185 kalori. Jadi, kalau kita berkayuh selama 30 minit, anggaran kita telah bakar 341 kalori dari tubuh kita. Bila jumlah kalori dari tubuh berkurangan, badan jadi ringan dan lemak ikut sama dibakar.

Selain dapat menurunkan berat badan, berkayuh dengan keluarga juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Namun begitu, setelah penat berkayuh, kita juga mestilah mengawal cara makan kita, apa yang kita ambil dan sebagainya. Kita mesti mengurangkan pengambilan gula, garam dan karbohidrat dalam menu pemakanan kita. Itulah asas pemakanan yang mesti dikawal untuk cepat kurus. Tak perlu ambil ubat kurus langsung pun tak apa...

Anda nak baca lagi tentang DIET yang betul? Ada ni ha..., bacaan tambahan.., semoga bermanfaat.

1. Diet Atkins
2. Jadual Diet Sihat Dalam 7 Hari
3. Lompat bintang untuk kurus

Saya berharap perkongsian yang diberikan dapat membantu anda hidup lebih sihat, cergas dan ceria. Ingat ya, kita kurus bukan sebab nak pakai baju ketat tapi supaya senang nak beribadat. Niat biar betul...ok..

#diet sihat dengan kayuhan basikal 

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Mcm saye kayuh sejam sehari..Kasi lebih sikit Sbb badan terlebih lemak Hehehe.

    ReplyDelete
  2. kalau kayuh basikal gym sejam 15minit mcm.mne pulak

    ReplyDelete
  3. SY BARU BELI BASIKAL SENAMAN, PUNYALAH SEMANGAT NK KURUS HARI2 KAYUH. JD TAMAK PULAK.HAHAHAHA

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close