Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul

Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul. Sekarang ni dah tiba musim cuti sekolah. Sibuknya ibu ibu di rumah mengalahkan ahli politik yang siamg malam bertengkar di media sosial. Haha, gurau aje..

Jadi, apa cerita cuti sekolah dengan tajuk artikel kita ni? Mestilah ada kaitannya, iaitu cuti sekolah adalah hari paling sibuk buat wanita bergelar ibu, samada yang bekerja atau yang duduk rumah. Inikah waktunya mereka sibuk di dapur menyediakan hidangan buat anak dan suami. Ketika inilah kepakaran membeli lauk pauk, sayuran dan sebagainya jatuh di tangan wanita.

Bagaimana nak memilih sayuran hijau dan sayuran buah yang betul? Meh baca sampai habis untuk panduan beli sayuran yang betul.

Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul 


Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul

Daun-daunan seperti kangkung, bayam, sawi
  • Tulang daun kelihatan amat jelas
  • Batangnya mudah dipatahkan, bunyi rangup 
  • Daun itu masih cantik keseluruhannya, tidak koyak atau lubang-lubang
  • Warnanya segar, pilihlah yang berwarna cerah tetapi jangan yang sudah berubah warna kuning
  • Dedaunan yang lubang-lubang adalah tanda bekas dimakan ulat. Maksudnya daun itu adalah daun yang sihat, bebas dari bahan kimia. Tetapi kalau nak beli juga, sila berhati-hati.  
Seterusnya sayuran buah seperti tomato, terung dan lemon. Yang paling popular tentulah tomato. Tomato biasanya dijadikan pelengkap sesuatu masakan. Buah ini juga sedap dijadikan jus atau bahan campuran sup, seperti sup ayam atau sup tomyam. Pilihlah sayuran buah dengan melihat ciri-ciri berikut:
  • Baunya tidak busuk
  • Tiada bekas-bekas lubang
  • Tiada bekas gores atau calar
  • Tidak terlalu lembik 
Jadi, berhati-hatilah membeli sayuran hijau dan sayuran buah supaya kita tidak tersalah beli sayuran yang sudah busuk dan tidak berkhasiat. 

Berhati-hati membeli sayuran berdaun hijau. Selamat bershopping.. 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Jangan membeli sayuran yang terlalu perpek pada pandangan mata kerana ia dikawal oleh bahan kimia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ingatan yg diberi, mesti kena berhati2..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close