Resepi Cucur Tauhu Ringkas. Ada sesetengah orang panggil cucur, ada yang panggil jemput-jemput. Kedua-duanya sama saja. Sedap di makan dan mudah disediakan. Yang penting ada tepung...hihi
Cucur tauhu ringkas ni saya terbaca di FB. Tetapi lupa nak simpan. Cari kat Google ada pelbagai resepi cucur tauhu rupanya. Kebanyakan website yang saya jumpa adalah dari Indonesia. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab tauhu dan tempe adalah makanan popular di sana.
Ada yang buat cucur tauhu bercampur jagung manis, ada yang dicampur dengan kentang dan ada juga yang menambah lada sulah sebagai perisa tambahan.
Resepi cucur tauhu yang nak saya kongsikan di bawah adalah versi ringkas dan boleh dimasak oleh semua orang.
Bahan-bahan:
3 keping tauhu
200 gram udang - dibuang kulit
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - cincang
2 pokok daun bawang - dipotong pendek
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan air
Garam secukup rasa
2 cawan minyak masak
2 ulas bawang putih
Sos cili - sebagai pencicah
1. Tauhu dan udang dipotong kecil
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali
4. Goreng hingga kuning keemasan
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba.

Resepi Cucur Tauhu Ringkas
Resepi cucur tauhu ringkas |
Bahan-bahan:
3 keping tauhu
200 gram udang - dibuang kulit
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - cincang
2 pokok daun bawang - dipotong pendek
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan air
Garam secukup rasa
2 cawan minyak masak
2 ulas bawang putih
Sos cili - sebagai pencicah
Cara menyediakan Cucur Tauhu
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali
4. Goreng hingga kuning keemasan
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.