Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menyediakan Kek Kukus Lapis Asam Manis Yang Gebu

Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus. Kek lapis asam manis memang antara resepi kegemaran ramai dan mudah dijumpai pada majlis perkahwinan, tahlil, sambutan hari jadi dan sebagainya. Oleh kerana ia diminati ramai, jadi saya namakan resepi kali ini sebagai Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus Pilihan Ramai!! Wow.., macam meriah je kan bila sebut pilihan ramai, kiranya kek lapis asam manis ni sentiasa ada dimana saja majlis keraian. Nak buatnya pun mudah je.

Teringat dulu-dulu ketika emak saya sibuk menyiapkan kek lapis asam manis, kami akan makan sedikit demi sedikit gula asam keping tu, sampai nak buat kek, tinggal sebungkus dua. Kalau tak sempat beli baru, kek asam manis ditukar kepada kek 'bodoh' je iaitu kek kukus tanpa asam manisnya hihi...

Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus Pilihan Ramai
Kek lapis asam manis ehsan Dapurku Sayang

Kek lapis asam manis yang saya nak kongsikan nnti ada 2 versi, satu versi mudah ringkas dan satu lagi versi panjang sikit. Dua dua rasa pun sedap, don't worry.. ok.

Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus Pilihan Ramai 


Saya kongsikan kek lapis asam manis yang pertama dari mak saya ajar dulu-dulu, masa saya belum pandai masak.. tapi masih boleh ingat caranya..


Cara 1: Kek Lapis Asam Manis Ringkas


Bahan-bahan:
250 gm mentega
250 gm gula kastor
350 gm lebihan biskut marie dikisar halus
1 sudu teh baking powder
125 ml susu pekat manis
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau dan kuning
10 paket asam haw flakes (gula keping asam manis)

Cara menyediakan Kek Lapis Asam Manis Kukus Ringkas 


Kek lapis asam manis ehsan Hana Memories

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi

2. Masukkan susu, esen vanila, dan biskut marie kisar. Kacau sehingga rata.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.

4. Kukus kek selapis demi selapis. Di antara lapisan kek letakkan asam haw flakes. Setiap lapisan kukus selama 3 minit.


Cara 2: Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus Pilihan Ramai

Resepi: Yati Memories 

Bahan-bahan (loyang 9x9x3 inci) 


  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara Menyediakan Kek Kukus Lapis Asam Manis


Kek lapis asam manis ehsan Yatie Memories

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.

3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.

4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega.

5. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

6. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.

7. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

8. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Kalau nak buat kek lapis asam manis memang kena banyak stepnya, sebab ia mengambil sedikit masa untuk menyusun lapisan demi lapisan di atas loyang yang disediakan.

Nak buat kek sedap, kena banyak bersabar. Tak boleh cincai aje nanti hasilnya tak cantik. Nak makan pun tak ada selera. Betul tak?

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close