Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Solok Lada

Resepi Solok lada ini saya terbaca daripada salah sebuah buku masakan Chef Hasnieliza. Cara membuatnya pun nampak teramatlah mudah. Kemudian ia menjadi pilihan saya kerana cara memasaknya yang sihat iaitu dengan cara kukusan (stim). Dan yang paling best tentulah ia sesuai untuk orang yang sedang berdiet macam kita-kita ni...

Asal usul solok lada ni, dari Kelantan. Ia biasanya dimakan dengan nasi kerabu. Kalau kat rumah saya, mereka ratah macam tu je...tapi janganlah buat pedas sangat, memang tak dapat eden nak nolong...

Resepi Solok Lada

Sedikit info, Solok lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu. Macam yang saya kata tadi, masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana. Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Lauk ini biasanya dimakan bersama nasi kerabu.


Resepi Solok Lada


Bahan-bahan:

10 biji cili hijau
5 ekor ikan selayang
1/2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
3 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa

Cara membuat Solok Lada


1. Ikan dibersihkan dan diambil isinya sahaja
2. Cili hijau dibelah dua dan dibuangkan bijinya
3. Tumbuk lada hitam dan bawang merah sehingga hancur
4. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk lagi hingga isi ikan lumat
5. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi
6. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata
7. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam belahan cili
8. Susun ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit
9. Sedia dihidangkan.

Cara menyediakan solok lada

Nampak keenakan solok lada yang saya kongsikan resepinya di atas kerana cara membuatnya yang begitu teliti di mana ikan, kelapa parut dan bahan-bahannya di tumbuk hingga lumat. Kemudian, akhir sekali selepas itu dikukus.

Begitu menyelerakan...

Selamat mencuba..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close