7 Cara Menjadi Isteri Solehah. Saya berharap rangkuman artikel tentang isteri solehah yang berikut nanti dapat membantu wanita muslim di luar sana menjadi wanita dan isteri solehah.
Untuk wanita;
"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik. ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk." - (al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)
Perkahwinan adalah seperti sebuah kapal yang sedang dalam pelayaran. Kemanakah arah yang nak di bawa, selamat sampai atau sebaliknya bergantung kepada kapten kapal tersebut. Begitulah juga realiti kehidupan rumahtangga, seorang kapten kapal mestilah seorang yang berilmu dalam membawa seluruh ahli keluarganya ke jalan yang benar. Salah satu ahli penting dalam sebuah keluarga adalah isteri. Jadi, isteri yang bagaimana mampu menghadapi dugaan di dalamnya? Sudah tentu, seorang isteri yang solehah.
Artikel di bawah adalah perkongsian daripada bicaraneem, yang saya rasakan ia sebagai sebuah coretan dan nasihat yang bagus untuk kita yang bergelar wanita muslim. Apabila berkahwin, maka status bertukar kepada isteri, jadi kita mesti menyimpan cita-cita menjadi isteri yang solehah.
Hidayah merupakan anugerah Allah SWT. Seorang isteri yang duduk disamping suami yang soleh, tidak akan menjadi seorang yang baik jika tidak diberi hidayah oleh Allah. Sebaliknya isteri kepada suami yang jahat akan tetap juga baik jika mendapat hidayah dari Allah. Contoh : Siti Asiah, isteri kepada Firaun.
Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam) ~ At-Tahrim 66:10
Niat memainkan peranan penting dalam menjadikan seorang itu baik atau tidak. Jika seseorang itu tidak pernah berniat untuk menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik.
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Daripada Ibnu Umar r.a daripada Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam."Mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat." (Riwayat al-Bukhari)
Isteri yang solehah mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan sentiasa berada di sisi suami. Rasulullah Sollalahu Alaihi Wassalammenggambarkan keadaan isteri yang sebegini, "Dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a)
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Daripada Abi Umamah r.a, Nabi Sollalahu Alaihi Wassalambersabda: "Tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang Mukmin selepas takwa yang lebih baik daripada seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya, isterinya itu akan mentaatinya, jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia tiada, isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya." (Riwayat Ibnu Majah)
Mentaati suami bukan kerana suami tetapi kerana perintah Allah SWT. Justeru tidak ada alasan menderhakai suami disebabkan perangai suami tidak elok. Mentaati suami kerana mahukan keredhaan Allah SWT dan kasih sayang-Nya. Jika istiqamah berpegang dengan niat yang ikhlas, nanti Allah akan menganugerahkan kepada isteri kasih sayang suaminya itu sampai akhirat.
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa untuk menjadi orang yang baik amat perlu. Mintalah kepada Allah setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah SWT telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita solat. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah solat kita. Doa itu berbunyi, "Tunjukilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah 1:6)
"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik. ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk." - (al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)
Perkahwinan adalah seperti sebuah kapal yang sedang dalam pelayaran. Kemanakah arah yang nak di bawa, selamat sampai atau sebaliknya bergantung kepada kapten kapal tersebut. Begitulah juga realiti kehidupan rumahtangga, seorang kapten kapal mestilah seorang yang berilmu dalam membawa seluruh ahli keluarganya ke jalan yang benar. Salah satu ahli penting dalam sebuah keluarga adalah isteri. Jadi, isteri yang bagaimana mampu menghadapi dugaan di dalamnya? Sudah tentu, seorang isteri yang solehah.
7 Cara Menjadi Isteri Solehah |
Artikel di bawah adalah perkongsian daripada bicaraneem, yang saya rasakan ia sebagai sebuah coretan dan nasihat yang bagus untuk kita yang bergelar wanita muslim. Apabila berkahwin, maka status bertukar kepada isteri, jadi kita mesti menyimpan cita-cita menjadi isteri yang solehah.
7 Cara Menjadi Isteri Solehah
(Daripada Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin dalam Soal Jawab Edisi 8 meletakkan 7 syarat menjadi isteri solehah.)
1. Ada hidayah daripada Allah.
Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam) ~ At-Tahrim 66:10
2. Ada niat untuk menjadi isteri yang solehah.
3. Taat kepada suami
Sudah ada 3 cara yang disebutkan di atas, nak jadi isteri solehah pun kita kena mengharap taufik dan hidayah Allah. Kemudian mesti ada niat nak jadi isteri solehah dan seterusnya berlatih taatkan suami, ikut permintaannya, ke arah kebaikan. Jika diminta buat maksiat, tak perlu taatkan suami itu. Faham ya?
4. Ada sifat-sifat isteri yang solehah
5. Ada amalan isteri yang solehah
6. Meletakkan Allah SWT dan Rasul sebagai cinta pertama
7. Banyakkan berdoa
Penutup
Begitulah perkongsian yang saya rasa ia sebagai peringatan terbaik buat diri saya sendiri dan juga pembaca blog Inspirasi Wanita. Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seseorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi suami pula, doakanlah isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Ustaz menambah, sayangkan isteri doa-doakan. Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.
Menjadi isteri solehah memang idaman semua wanita muslim walau hanya terdetik dalam hati. Yang penting niat dalam hati, niat yang baik pun dah dapat pahala. Inikan pula bila kita mencari ilmu untuk menjadi wanita dan isteri solehah.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua. Insyaa Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.