Biodata Dan Profile YDPA Ke 15 Sultan Muhammad Ke V Kelantan. Daulat Tuanku telah digantikan dengan laungan Allahuakhbar pada majlis perisytiharan Yang Di Pertuan Agong yang baharu pada 13 Disember 2016 yang lalu. YDPA yang ke 15 ini adalah dari negeri Kelantan bagi menggantikan Agong terdahulu yang telah tamat tempoh 5 tahun pemerintahan.
Diberitakan, pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Sultan Muhammad Ke V yang ketika itu sebagai Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri.
Nama penuh Sultan Muhammad Ke V adalah Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra.
Sultan Muhammad Ke V dilahirkan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 ketika berusia 26 tahun. Ayahandanya bernama Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Dan bondanya Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 13 September 2010 dengan gelaran Sultan Muhammad Ke V. Dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agong ke 14 pada 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun.
Baginda merupakan anak sulong dari 4 beradik. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. - Sumber Astro Awani

Biodata Dan Profile YDPA Ke 15 Sultan Muhammad Ke V Kelantan
Nama penuh Sultan Muhammad Ke V adalah Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra.
Biodata Dan Profile YDPA Ke 15 Sultan Muhammad Ke V Kelantan |
Sultan Muhammad Ke V dilahirkan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 ketika berusia 26 tahun. Ayahandanya bernama Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Dan bondanya Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 13 September 2010 dengan gelaran Sultan Muhammad Ke V. Dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agong ke 14 pada 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun.
Baginda merupakan anak sulong dari 4 beradik. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Pendidikan Dan Kerjaya Sultan Muhammad Ke V
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Telah banyak diceritakan, ada beribu imej dan gambar kebaikan Sultan Muhammad Ke V ini dihebahkan, semuanya menjurus kepada kerendahan hati dan kuatnya pegangan agama baginda. Semoga perlantikan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15 ini menjadi titik tolak contoh pemimpin yang memerintah bersandarkan al Quran dan sunnah. Itulah harapan umat Islam di Malaysia.
Sultan Muhammad Ke V Raja Berjiwa Rakyat
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. - Sumber Astro Awani
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.