Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doaku Hari Ini Jumaat Penuh Barakah

Doa ku pada hari Jumaat. Doa untuk sahabat-sahabat, saudara muslimku.., doa untuk sahabat yang dizalimi. Angkatlah tangan berdoa, semoga doa kita sampai ke langit ke tujuh dan para Malaikat ikut mendoakan kita sesama muslim. Aamiin...

Allah SWT tidak hairan jika hambaNya melakukan dosa kerana sifat manusia yang bukan maksum, tidak sempurna tetapi Allah SWT hairan mengapa kita tidak mahu berdoa memohon ampunan selepas itu. Walau dosa-dosa kita sebanyak buih di lautan, Allah tidak pernah menolak permohonan hambaNya yang menyesal dan bertaubat.


Doaku Hari Ini Jumaat Penuh Barakah

Sambil itu, perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah pada hari Jumaat kerana sesiapa yang banyak berselawat kepada baginda, dia akan paling dekat darjatnya dengan Rasulullah. - HR Baihaqi dengan sanad sahih  

Doaku Hari Ini Jumaat Penuh Barakah


Doaku hari ini;

Ya Allah...
Di pagi jumaat yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami,
Dosa pasangan kami,
 Dosa kedua ibu bapa kami,
Dosa anak-anak kami,
 Dosa saudara-saudara kami,
Dosa jiran tetangga kami,
Dosa sahabat-sahabat kami,
 Dosa guru-guru kami,

Ya Allah...
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami,
jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
InshaAllah...

Ø¢َÙ…ِÙŠّÙ€ٍÙ€ِـنْ... Ø¢َÙ…ِÙŠّÙ€ٍÙ€ِـنْ ÙŠَآرَبْ آلٌعَآلَÙ…ِِÙŠِÙ†

#Inspirasi Wanita❤: 
Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali, ;) :) kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close