Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Kuruskan Badan Paling Sempoi Dan Seronok

Petua Kurus Badan Paling Sempoi Dan Seronok. Bila fikir nak kurus kan badan, mesti rasa tak syok sebab kita terpaksa diet dan buang menu kegemaran kita jauh-jauh. Tak boleh lagi makan KFC, makanan berlemak, hindari manis maksudnya tiada kek untuk tempoh tertentu, kena bersenam sebanyak mungkin dan lain-lain lagi. Segala benda tak suka kena buat, benda yang digemari pula kena buang jauh.

Petua Kuruskan Badan Paling Sempoi Dan Seronok
Elakkan makan ice cream berlebihan

Tetapi ada petua kurus yang memang sempoi yang saya nak share dengan anda semua. Anda boleh kuruskan badan dengan rasa seronok dan rileks aje, tak mahu stress, ok.

Petua kuruskan badan cara sempoi berikut nanti bukanlah mesti jadi dalam sehari dua, ia makan masa lebih kerana ia proses menurunkan berat badan secara semulajadi. Iaitu, tanamkan sikap yang positif untuk kurus demi kesihatan bukan disebabkan rasa malu berbadan gemuk dan sebagainya. Bila tak stress, barulah datangnya seronok. Sempoi aje..


Petua Kuruskan Badan Paling Sempoi Dan Seronok 



Apa agaknya petua kurus yang tak stress? Apakah cara nak kurus tapi masih seronok lakukannya. Mari kita renungkan cara berikut, iaitu cara kurus yang sempoi dan seronok. 

1. Tidur Awal


Tidur memang seronok terutamanya bila badan kita letih. Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit. Tidur awal menyebabkan kita tidak mengambil makanan lewat malam yang boleh menyebabkan gemuk.

2. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam


Susah ke nak makan sayur? Makan sayur lebih banyak daripada mengambil daging merah dan sebagainya boleh kuruskan badan. Kalau susah makan sayur, beli sayuran yang anda suka saja, seperti bayam atau sawi?

Lebihkan makan sayur untuk kurus. Sempoi kan?

Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan. Ingat ya, kurangkan gula dan garam!

3. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus


Seronoknya bila orang berjaya kuruskan badan. Kita pun teringin sama-sama kurus. Tetapi rileks aje, kurus untuk sihat bukan sebaliknya! Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Oleh itu berseronoklah untuk kurus mengikut semulajadi, perlahan-lahan tetapi berhasil. Betul tak? Jangan stress ok!


4. Masaklah Dengan Cara Rebus, Panggang, Kukus


Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. Awas ya! Masak dengan rasa seronok, sihat dan untuk kurus.

5. Kurus Cara Sempoi Dengan Air Limau Nipis 


Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Kurus dengan rasa seronok...

Seronok tak baca cara-cara nak kuruskan badan di atas? Baca dengan rasa santai, lakukan dengan seronok dan anda pasti dapat hasil yang anda idam-idamkan. 

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih....memang tengah cari cara nak kurangkan berat badan ni =)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close